Salam semua.
Tetiba di pagi yang sejuk ahad ini terasa nak berblogging la. Agak lama tidak menulis. Meluahkan apa yang aku suka.Apa yang aku fikir.Dulu orang berblogging aku pun sibuk nak berblog. Sekarang orang tak berblog dah sebab dah ada twitter, instagram yang lebih friendly use. Senang kot, asal rasa menyampah kat orang jer boleh post kat twitter, asal rasa nak berselfie boleh post kat instagram. Peluang banyak, so pilih je yang mana kita suka. Terpulang. Nak semua pun boleh . :-)
Kawan. Aku rasa aku kehilangan banyak kawan. Dari zaman sekolah, matrikulasi, universiti, tempat kerja. Cuba kita belek friend list kita dalam facebook, instagram, twitter kita. Daripada beratus beribu kawan kita tu, Berapa ramai kawan yang betul-betul ada time kita susah? Berapa ramai kawan yang betul-betul keep in touch dengan kita? Berapa ramai kawan yang betul-betul rapat, bertepuk tampar, boleh bergurau kasar, yang kita leh ngam la? Aku rasa boleh dibilang dengan jari.
Ada kawan yang kita kenal dari kecil, bermain bersama-sama, tapi bila dah besar ke laut semuanya. Yela masing-masing dah ada family kan. Agak susah nak berhubung dengan kawan dari kelompok ini. Mungkin segan sebab dah besar kan lain. Dulu kecil berhingus, sekarang dah besar tu dia...cun habis, macho habis. Dulu kecil comel jer, bertocang, kemas jer, badan pun melidi, tapi dah besar macam tong. Hehe..tapi stilll cute ape.
Tapi bila dah besar ni, kita mesti rapat dengan teman sekerja kita. Kita boleh lepak-lepak, tengok wayang sama-sama, pergi berkelah, makan-makan. Sebab kita menghabiskan sebahagian hari kita dengan diaorang. Isnin-Jumaat, eight to five. Perangai pun dah boleh baca. Gurau pun giler kasar. Kalau sentap memang campak pulau la. Tapi ada jugak yang terbawa-bawa style keje dalam hubungan persahabatan. Ada yang kena marah dengan member sendiri, tapi bila luar kerja, boleh kamcing sangat. Aku suka macam ni sebab dia tahu beza kerja dengan lifestyle. Tak simpan dalam hati punya. Kalau dapat yang berdendam, alamatnya cari kerja lain atau sampai boleh putus kawan . Pendapat aku, kita semua dah besar, dah boleh fikir. So pandai-pandai la bezakan. Sama macam seorang ibu/bapa memberi nasihat pada anaknya dan seorang kakak/abang menegur adiknya.
Hidup ini best kalau kita plan jadi best. Tak payah serabut-serabut cari masalah dan cipta masalah lepas tu tak reti-reti nak settlekan. Wat lek, wat peace sudeyyy. Chillla !!!!!!