LIFE'S COMPLEXITIES ARE ALSO LIFE'S SOURCE OF BEAUTY. BY CRYING, LAUGHING BECOMES MUCH SWEETER. BY FALLING APART, WE LEARN TO BE WHOLE, AND, BY GETTING HURT, LOVE BECOMES MORE MEANINGFUL.
Selamat Hari Raya..Aku masih bercuti. Sudah 6 syawal hari ini. Sekejap saje masa berlalu..Sehingga bersua ramadan tahun hadapan..Insyaallah. + Pagi raya pergi ziarah kubur arwah wan..pertama kali beraya tanpa wan tercinta + + Auni demam nak tumbuh gigi dan nak merangkak, kesian dia..selalu demam bila nak alih bulan + + Tak sabar nak tunggu Nur Kasih episod 18 malam ni.+ + Esok nak beraya di Semenyih, makan ikan bakar dekat resort Kak Yati..erm..sedapnya + + Tahun ni pertama kali tak dapat duit raya langsung..tapi pertama kali juga hulur duit raya kat anak buah dan anak2 yang sama waktu dengannya + + Raya di 3 tempat, Johor,Klang,dan Melaka +
Salam Aidilfitri buat semua kenalan yang mengenali diri ini, harap maaf jika ada tersalah silap..maaf jika bicaraku mengguris hati kalian, dan tingkahku menduga kesabaran..maaf zahir dan batin.
Sudah lama aku tidak membuat entri baru, dan hari ini aku mencuri sedikit masa renggang ku untuk mengadap laptop usang ini.
Kerja
Hari ni sudah 15 ramadan 1430 hijriah..Sekejap je masa berlalu..Apa lagi dah berkumandanglah lagu raya. Dan lagu raya favourite aku ialah Selamat Hari Raya ( Rahimah Rahim), Suasana Hari Raya (Anuar Zain & Elina) dan lagu nanyian Norkumalasari.Aku tak sedar pun dah 15 hari puasa sehingga lah diberitahu emak.Alamak terkejut aku sebab sepanjang ramadan, aku sebenarnya tidak pernah lagi berpeluang berada di rumah pada hujung minggu. Ahad pertama ramadan aku keje, ahad selepas tu pun aku keje sebab closing, merdeka isnin tu pn aku keje.So aku ingat hari ini dan esok dapat la aku rehat..tapi alahai aku kena keje.Hari ni dan esok company aku migrate data utk sistem baru, so banyak nak kene recon. Huhu..badan aku ni sebenarnya dah letih sgt. Sampai terlalu letih aku tidak boleh tidur malam. Sekejap2 aku terbangun pagi..tak leh nak lelap mungkin sebab waktu tidur aku dah tak menentu. Nak mencari rezeki begini la..bkn mudah...lagi tinggi ilmu kita lagi banyak la yang kita kena belajar.
Nur Kasih
Sejak kebelakangan ini aku begitu 'asyik' melayan cerita Nur Kasih kat TV3 lakonan Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Sheila Mambo, Liza Zain dan ramai lagi. Tenyata cerita ini telah mengusik jiwa ramai penggemar cerita melayu. Mungkin kerana plot ceritanya yang menarik dan sentiasa berkembang membuatkan kita sentiasa menanti episod seterusnya. Namun aku perasan yang jalan ceritanya ada sedikit persamaan dengan novel Adam dan Hawa (My Fav Novel ).Mungkin hanya kebetulan sahaja.
Ramadan
Sempena bulan ramadan yang mulia ini yang sudah masuk ke Pusingan kedua, agar bersama2 lah kita merebut hidayah dan keberkatannya. Selepas 5 tahun inilah ramadan yang pertama aku dapat berpuasa penuh bersama2 keluarga dan pertama ramadan aku tidak lagi hanya maggi dan secawan milo 3 in 1.Alhamdulillah. Walau pun begitu aku teringatkan arwah wan (nenek) yang telah kembali kerahmatullah bulan januari yang lalu. Dan inilah juga ramadan yang pertama aku tidak dapat menempuhinya bersama wan. Malah raya tahun ni pastinya kuih makmur yang menjadi hidangan paling ditunggu seluruh anak dan cucunya tidak lagi dapat dinikmati.Semoga wan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin..Nora akan sentiasa ingat pesanan dan tunjuk ajar wan..Nora sayang wan..Terima Kasih Wan..Al-Fatihah
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria Wangi berseri puspa kemboja Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi Lalang-lalang tinggi berdiri Dua nisan terkapar mati Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat Mesra kasih bonda menatap Sedang lena di dalam rahap Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu Pernah dulu mengucupi dahiku Kini ku rasakan kasihnya lagi Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan Tiada lagi lalang memanjang Ada doa kami pohonkan Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami Meninggalkan makam sepi sendiri Damailah bonda dalam pengabdian Insan kerdil menghadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan Tiada sama bonda melahirkan Kasih bonda tiada sempadan Kemuncak murni kemuliaan insan
Lagu : Ke Makam Bonda (UNIC) Karya Asal : Usman Awang
Adam dan Nur Amina bertemu dan Adam bertanya kepada Nur Amina tentang keputusan Nur Amina. Nur Amina masih tidak dapat memberi kata putus kepada Adam tetapi menunaikan permintaan Adam untuk bersama – sama ke Masjidil Haram.
Hajjah berdoa di Jabal Rahmah supaya Aidil bertemu dengan jodoh yang terbaik untuk dirinya.
Ketika Aidil ke kedai buku di Mekah, Aidil bertemu dengan seorang wanita yang bernama Aliya. Aidil telah jatuh hati pada Aliya.
Nur Amina membawa diri ke Jeddah dan bekerja di sana dengan seorang wanita bernama Ummu Majid.
Aidil dan Adam datang ke Mekah membawa Hajjah untuk menunaikan ibadah umrah. Di sana, mereka bertemu semula dengan Nur Amina. Nur Aminacuba melarikan diri tetapi Aidil cuba menghalang dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada Adam selepas pemergian Nur Amina.
Adam juga telah memberitahu perkara yang sebenar kepada Imam Abu Bakar dan Mak Ani keadaan sebenar yang berlaku diantara dia dan Nur Amina.