LIFE'S COMPLEXITIES ARE ALSO LIFE'S SOURCE OF BEAUTY. BY CRYING, LAUGHING BECOMES MUCH SWEETER. BY FALLING APART, WE LEARN TO BE WHOLE, AND, BY GETTING HURT, LOVE BECOMES MORE MEANINGFUL.
Salam semua...tahun baru is coming in a few minutes. Rasa macam tak percaya je kan, tapi itulah kitaran alam. Masa sentiasa bergerak tanpa menunggu kita. Apa yang best 2010 bg saya? Pastinya memiliki kereta sendiri adalah pencapaian paling besar dalam hidup saya. Alhamdulillah saya dapat apa yang saya nak tahun ini.
So 2011, macam-macam plan dah ada dalam kepala otak ni. Insyallah ada rezeki, saya ingin capai semuanya. Antaranya saya plan nak wat master. Skrg tgh proses mensurvey lagi uni mana. Yela nak sambung belajar ni melibatkan masa dan wang so, kena manage balik masa dan cek bajet. If everything is ok, then tercapaila impianku di 2011. Personally pulak, saya nak jadi lebih baik kepada agama saya, islam yang dicintai..lebih baik kepada pekerjaan saya..lebih baik kepada kehidupan saya, famili saya, kawan-kawan saya, dan kesihatan saya,Pendek kata..panjang pun kata, lebih baik serba serbi la. Biar cita-cita dan impian besar, walaupun kadang-kadang susah nak tunaikan sebab its beyond our expectation kan.. Sekurang-kurangnye kita hidup ni ada matlamat. Bukannye hidup semata-mata.
Before ends ni nak selit sikit al kisah bolasepak negara. Satu malaysia dah dilanda tsunami bolasepak sekarang ni. Tsufahmi..Tsusafee..Memang superb la..Dah lama tak histeria tgk bola macam ni.Dulu sebelum masuk matriks saya sangat die heart dengan football ni, Liga tempatan and EPL. I know everything abaout the game, player..boleh dikatakan kalau tanya saya pasal mana-mana pemain, saya leh jawab dengan cemerlangnyer...so fanatic. Sampaikan buat folio pjk pasal bolasepak. Girls lain buat pasal bola jaring, bola baring, ala game2 perempuan ni. Tapi saya nak lain dr lain, saya wat football. Siap wat notes sendiri pasal football rules tanpa refer any books. So taksub...saya perempuan gila bola satu ketika dahulu. Tapi pas sambung belajar dah terus hilang minat sebab susah nak dapat source and follow up updates pasal football ni. Untuk skuad harimau malaya, tahniah!! terima kasih sebab anda kami cuti hari ni..yeyeyeye :-)
Happy new year 2011!! and best of luck for your future undertakings!!!!
* tgh syok sendiri tangkap gambar baru sedar, nasi dengan sup takde *
* kamera jd tak canggih sebab bateri habis, so guna handphone jer *
Semenjak aku mencuba nasi ayam yang dimasak my BFF yani, terdetik di hati, kalaulah aku pandai masak macam dia...erm. Jadi aku mengambil kesempatan cuti ganti krismas hari ni sebagai cabaran memasak di dapur.Pagi-pagi lagi mak dengan abah dah keluar pergi tesco kemudian mengurut terapi. Apa lagi,aku mulakan cabaran masterchef..konon2 macam whitney, juara masterchef US tu. Sebelum itu takut gak kalau tak menjadi sebab sebenarnya aku tak pernah masak makanan berat-berat macam ni. Paling berat pun ayam masak hijau(cili padi). Itu pun simple-simple jer. Akhirnya seawal jam 9.00 aku dah ke dapur, membasuh ayam dan menyediakan bahan-bahan untuk menu aku hari ini. Kul 12.30 mak and abah sampai umah, masa tu semua dah get ready, tinggal nak cedok nasi. Tepat 1.2.45 tghr siap sudah menu aku complete dengan teh o ais untuk hidangan lunch .Adush!!! terasa berdebar pulak nak dengar komen dari keluargaku, alhamdulillah respon diterima cukup menggalakkan. Cubaan pertama ku berjaya!!!.. Sepanjang masak tu aku selawat, baca bismillah, nak tumis nak rebus, nak masak nasi...semuanya aku jampi2 dulu dengan bismillah. Yelah takut sihh!!!. Akhirnya aku rasa puas sangat hari ni. Ahad semalam mula google cari resepi..macam-macam yang aku jumpa. Sampai pening kepala nak ikut yang mana satu. So akhirnya aku ubah sikit-sikit ikut citarasa famili aku, inilah ramuannya....Senyum :-)
Rebus ayam : Bahan : Ayam 2 ekor Bawang Putih : 3 ulas Halia : 3 inci Kiub Maggi : 2 kiub
Cara : Bawang putih dan halia dititik. Masukkan dalm periuk bersama-sama air dan ayam yang telah dipotong. Biarkan sehingga mendidih. Selepas didih, tutup api. Keluarkan semua ayam dari periuk kemudian sejukkan dan toskan sampai kering. Asingkan 1 cawan untuk membuat sos dan sukatan air untuk masak nasi.
Perap Ayam : Bahan : Lada hitam : 2 sudu besar Bawang Putih : 2 ulas Mentega : 1 sudu besar Kicap Pekat : 2 sudu besar Madu : 3 sudu besar Gula : 1 sudu besar.
Cara: Bawang putih dan lada hitam ditumbuk halus. Kemudian digaul rata bersama bahan perapan yang lain ke atas ayam yang telah kering dan sejuk tadi. Perapkan selama 1 jam.
Sambil nak tunggu ayam perap, kita leh masak nasi dan buat sup.
Bila ayam dah perap dan sebati dengan bahan perapan, kita boleh mula menggoreng.Gunakan api sederhana.
Nasi: Beras : 4 cawan (saya guna beras biasa, cap rambutan merah) Bunga lawang : 1 kuntum Kayu manis : 1 batang Buah pelaga : 3 biji Halia : 1 inci Kiub Maggi : 2 kiub Bawang Putih : 2 ulas
Cara : Beras dibasuh dan toskan. Bawang putih dan halia ditumbuk. Kemudian tumiskan bawang putih dan halia itu bersama bunga lawang, kayu manis, buah pelaga selama 1 minit.(sampai naik bau) Kemudian masukkan dalam rice cooker, masukkan pula beras. Tuangkan air rebusan ayam yang direbus tadi mengikut sukatan anda. Masak macam masak nasi biasa. Saya sukat guna garisan jari...dah biasa.senang..Lepas itu letak garam sikit.
Sementara tunggu nasi masak, boleh buat sup pula.
Sup: Bahan : Bawang Putih : 2 ulas Bunga lawang : 3 kuntum Kayu Manis : 2 batang Buah Pelaga : 3 biji Bawang Merah : 1 biji Daun Sup : 1 ikat Bawang Goreng
Cara : Bawang Merah dan bawang Putih ditumbuk halus. Tumiskan bersama kayu manis, buah pelaga, bunga lawang selama 1 minit (sampai naik bau). Kemudian masukkan dalam periuk air rebusan ayam. Letak garam dan serbuk perasa (ajinoto sedikit).Biarkan sampai mendidih. Sudah mendidih, letak daun sup dan bawang goreng.
Sos: Cili kering yang telah dikisar (jerang dengan air , kemudian blend kan) : 3 sudu besar Tomato : suku biji Air rebusan ayam : 1 cawan Gula : 1 sudu Bawang Putih : 2 ulas
Cara: Kisarkan tomato, bawang putih, cili, dan gula. Masakkan bersama air rebusan ayam sampai pekat.Kalau agak pekat atau pedas bolehla tambahkan sedikit air. Letak sedikit garam.
Saya tambahkan kicap manis ABC dalam sos saya. Jadi ada rasa manis-manis pedas.
Akhirnya sediakan Timun, Salad dan tomato sebagai pelengkap Menu Nasi Ayam.
Kepada yang nak mecuba leh lah..memasak ni best pulak aku rasa. Nikmat.. :-)