LIFE'S COMPLEXITIES ARE ALSO LIFE'S SOURCE OF BEAUTY. BY CRYING, LAUGHING BECOMES MUCH SWEETER. BY FALLING APART, WE LEARN TO BE WHOLE, AND, BY GETTING HURT, LOVE BECOMES MORE MEANINGFUL.
Sarah pura – pura sakit dan memanggil Aidil datang ke rumah Nabila. Sarah memasang perangkap tatapi tidak menjadi apabila Nabila pulang sebelum Aidil tiba di rumah Nabila. Hubungan Nur Amina dan Adam kembali pulih sedikit demi sedikit. Nur Amina sudah mulai menerima kehadiran Adam dalam hidupnya. Sarah cuba menghasut Aidil dengan menceritakan tentang perasaan Aidil kepada Nur Amina suatu ketika dahulu. Nur Amina terkejut apabila mengetahui bahawa Adam sudah berkahwin lain ketika di Australia.
Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan Resah hati yang ku pendam Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan Siapa tahu ketentuan Ku mencari cahayanya Dalam bayang kegelapan
Nur kasih Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan Lain hukum setiap insan Mengharapkan perjalanan Dalam maya kesamaran
Nur kasih Nur kasih
Aku kembali kerana masih Mencari yang hakiki Sinar pasti Janji suci yang abadi
Ooo kasih Nur kasih Oh nur kasih Nur kasih
Aku kembali kerana Masih mencari yang hakiki Sinar pasti Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih Nur ya nur kasih Nur nur kasih Nur kasih
Salam..agak lama tidak mengupdate blog ni memandangkan sejak balik dari P.D, aku kurang sihat.Apatah lagi dengan bebanan kerja selepas balik dari P.D..Betapa letihnya hanya Allah saja yang tahu. As i mentioned before, i had team away at P.D from 31st till 1st August. On sunday, 2nd i went to work to settle uncomplete task before closing on monday, 3rd. Walaupun baru tinggal keje 2 hari, tapi lambakan keje memeningkan kepala aku. Unapply receipt, invoice uploadnye, IPP, negative lagi..semua nak kene settlekan before monday evening by 3.oo p.m At 5.00 pm pulak kena submit journal and post all transaction to GL because nak buat zero balance hari tu jugak..Tangan ni tak henti-henti berjalan. Kepala dah rasa nak pitam monday tu. All of sudden after maghrib, perut rasa sakit. Asyik kuar masuk tandas. Badan ni dah mengigil, rasa nak demam pulak. Tekak tiba2 rasa loya..rasa nak muntah, tapi aku tahan lagi.
Lepas semua posting siap, aku nak settlekan unapply, masa tu dah kul 8.oo pm. Aku try nak wat from 1 customer to 1 customer, tapi entah kenapa badan ni seram sejuk..tahap nak muntah dah tahap maksimum, kepala pun dah pusing, mata dah berpinar. Aku tengok skrin pc dah kabur..Aku kuatkan semangat sambil berdoa supaya aku dapat habiskan kerja yang terbengkalai tu..
Bila aku tengok jam dah pukul 10.00 pm, tapi aku sebenarnya tak buat pepe dari kul 8.00 tadi.Hanya jasad di depan komputer, sebab otak aku dah melayang tempat lain..Nak balik umah, tapi keje tak siap lagi takut esok tak sempat coz 12.oo tengahari on tuesday unapplied kene settle becoz kak zu nak interface and zero balance to close P05.
Akhirnya dalam kul 10.30 p,m aku tewas jugak.Aku tak berdaya lagi, badan aku betol2 lemah..Aku telefon shafeq untuk ambil kat opis. Sampai umah aku terus mandi supaya aku rasa segar.Tapi lain pulak jadinya, aku muntah. Tekak aku yang loya tadi dah sampai kekemuncak..Dah tak dapat tahan lagi. Sakit perut lagi..aduh..plus demam..aku betol2 tak berdaya..Esok paginya aku sampai awal kat opis untuk siapkan semua keje semalam, and alhamdulillah aku berjaya siapkan sebelum kul 12.00 tengahari.
Bermula dari hari isnin tu sehingga la akhir sabtu yang lepas, baru aku sihat dan aku tak muntah2 lagi. Dalam seminggu aku jatuh sakit tu, aku berserah je, risau gak..ye la dengan apa yang berlaku kat negara sekarang, and aku yang baru balik dari pantai..risau sangat. Tapi aku berserah dan berdoa moga aku dilindungiNya.
Alhamdulillah, kini aku lebih segar dan sedikit bertenaga..Sepanjang minggu lepas jugak aku miss bnyak makanan mak aku sebab perut tak leh terima makanan dan aku hanya banyak minum 100 plus sebab bendalir dalam badan aku dah kurang. So untuk mengembalikan bendalir dan tenaga, aku byak makan buah dan minum air..Sesungguhnya saat sakit tu la aku lebih mengingati Allah, Mungkin satu peringatan dari Dia, untuk mengingatkan aku yang kadang- kadang lupa dengan hal-hal dunia, sesungguhnya aku sedar dengan kehendak DIA aku sakit, dan dengan kehendakNya juga aku sihat..Alhamdulillah.
Di sini aku sertakan gambar-gambar semasa team away di P.D. Dah lama tak rasa fun macam tu, last masa sekolah..thanks to all rakan sekerja, yang happening dan gler2..It's all about teamwork and strong ralationship. A great member will not let you fall.!!
The blog will not be updated till next week as I will not be around till saturday. As per attached, is the place where i will be going to, CORUS PARADISE, PORT DICKSON...Yupyy!!!. Actually my company is organizing team away starting from this friday till saturday and and the program more focusing on team building. Based on the tentatif program, such activities are Comando Obstacles andSukan Air Water Rafting(Can't wait). And the most thing i like about the team away is that ALL IS PRICELES!!!..However when i come back, on sunday i must come to office to settle all pending work as monday is closing day..huhuhuhu. Surely i will get tired, but what to do..The most important like my colleagues said "APA YANG PENTING KERJASAMA"..
Aku bukanlah pencinta novel sehingga sanggup memperuntukan sejumlah gaji untuk membeli novel2. Ketika di Universiti, ada seorang kawan ku yang suka membaca novel dan bila sesekali ke Alor Star dia akan membeli berbagai novel sehingga puluhan ringgit. Dan dia akan membalut novel-novel itu dengan kemas supaya kelihatan cantik malahan kalau baca novel dia kena buka kecik2 je page, sebab nanti melengkung novel tu..betapa pencinta novel begitu menghargai karya novelist tanah air. Aku juga tak terkecuali, tetapi hanya sekadar suka2 dan tidaklah sampai menjadi satu hobi. Malah keinginan membaca dan memiliki novel yang ada di pasaran bergantung pada mood dan sumber kewangan ketika itu..Dibawah antara novel terpilih yang pernah aku baca dan menjadi favoriteku. Ada yang aku pinjam dan ada yang aku beli (sekarang novel aku ada, cuma 6 je)..
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...