Bangun..selamat pagi cikgu...assalamualaikum cikgu..terima kasih cikgu..
Walau siapa pun kita, hebat mana pun kita, orang yang penting menjadikan siapa kita hari ini ialah insan yang bergelar guru..
SELAMAT HARI GURU, SELAMAT HARI PENSYARAH, SELAMAT HARI PENDIDIK!!!!
Erm, teringat zaman sekolahku..aku ni budak baik
(perasan jap)..Alhamdulillah, aku bukanlah murid yang memeningkan kepala cikgu cikgi. Kenangan yang paling tak dapat aku lupakan ialah kena pelempang dengan teacher Nor Jahan masa umur 9 tahun(darjah tiga)..Sebabnya tak siapkan keje sekolah..sakit sgt..tapi tak rasa malu masa ni sebab satu kelas kena...control comel..
Masa Matrikulasi aku start nakal ciket..banyak terpengaruh masa ni..Asyik muka ni je yang duk ngadap HEP.. sebab suka outing balik lewat, suka cuti
(bukan ponteng ye), kononnya homesick..yela fisrt time duk jauh dr famili..meraung la
(macam lagu budak baru-New Boyz). Fav lecturer masa ni, urm pastinye lecturer akaun,
puan aida suzana. masa wedding dia siap jadi budak penanggah lagi.
Lepas tu masuk universiti, banyak sgt pengalaman.. Kalau pengalaman dengan lecturer yang paling diingati ialah kena halau kelas dengan kawan aku..aduish, malu gler. Biasala zaman U naik bus ke kelas, bila bas tu tak penuh, pakcik bas tak nak jalan. Kelas aku sepatutnya pukul 10.00, akibat kelewatan itu, aku sampai 10.30, setengah jam lewat. Apa lagi mengamuk la lecturer aku tu..dia kata gini
" Ha, both of you..you are late!!!!.." Masa ni aku senyum jela and minta maaf, pastu terus nak duduk..baru nak letak pung**** , tiba-tiba lecturer aku bersuara "
Both of you, get out from my class "..Aku tak percaya masa tu, menten senyum. Aku ingat dia main-main..pastu dia tgk mcm aku ni tak berperasaan je, dengan tegas dan lantangnyer dia kata
" I said get out from my class!!! "..~ngerr~ dia seriusla.dengan perasaan bangga (
malu sebenarnye) aku pn melangkah keluar.. huhuhu..kesan dari peristiwa ni, aku lebih berdisiplin bila dtg kelas dia..very punctual..tapi kelas lain, hehehe tetap seperti dulu (
mcm lagu exist la) ..Terima kasih
En Amin (Lecture Mangement Accounting) kerana menyedarkan orang seperti saya yg tak sedar-sedar...
Masa kat U jugak aku pernah kena marah dan disuruh berdiri dalam kelas..Masa tu member aku, cik asmah tanya attandance..kelas lect ni memang sunyi sepi je, sebab dia garang dan suka bertanya, tak dapat jawab kena berdiri. Kelas dia orang kata susah nak lulus.Cik Asmah yang duk kat sebelah tiba-tiba bisik kat aku
" Azah, ko dah tanda attandance ke ", aku pn bisik balik kat dia
"belum lagi"..pastu cik asmah ckp
" eh, Azah aku dah tandala attandance..". Aku pn tanya balik kat cik asmah
" eh ko dah tanda, kenapa tak bagi aku " Itu la perbualan ringkas aku and cik asmah tapi tak sangka didengari oleh
En Hisyam Selamat, lecture Information System Strategic Planning..apa lagi dia pn dengan ketegasan nye berkata
" Pantang nenek moyang saya, masa saya mengajar ada orang bercakap sama "..alamak, dia dah kuar nenek moyang ni, mati aku..
"Apa yang kamu berdua borakkan tu "..Aku n cik asmah, diam terkaku..
" ok, kamu berdua jawab soalan saya"..dia pn tanya soalan..aku and cik asmah tak dapat jawab, apo lagi.
." ha, kamu berdua, berdiri"..dengan kesopanan dan kesusilaannye aku pn bangun..
Kelas tu 2 jam, aku start berdiri 10.30 sampai 11.45 pagi..1 jam 15 minit..adui time tu, sakit pinggang dibuatnye, dahla tak sarap lagi masa tu, erm, terasa nak terkulai je..Dengan lecturer ni jugak la kami semua antar assignment 4 kali, kali ke 5 baru approve..huhuhu..sedeynye..masa time ni, kami semua igt tak lulus paper dia, even tak mengharap apa2 pn..tapi at the end, dont judge book its cover..dialah yang membantu kami semua, paper dia aku dapat B+, kira hebatla..tak sangka dia sangat berhati mulia..oooh..terima kasih En Hisyam..Jasamu aku kenang sehingga kini.
Seronoknya zaman pembelajaran, cuti banyak,dapat berlibur dengan kawan-kawan...erm, tapi itu semua dulu..telah menjadi lipatan sejarah dalam hidupku..Tapi best kan bila cikgu sekolah masih mengingati kita..adik aku, cik aida cerita, ada seorang cikgu ni, tanya kat dia "
aida, kamu adik azah kan??"..OMG, after 10 years, million of students..she still remember my name..
Cikgu rafeah, cikgu sejarahku..adik aku dah siap pesan,
" tengok cikgu rafeah, igt akak nora lagi..nanti kawen jgn lupa jemput dia ". aku pn cakap kat cik aida
" tengok, budak baik macam akak, cikgu ingat lagi..harimau meningglkan belang..aku tinggalkan keluhuran dan kesusilaan aku kat sekolah "..cik aida cakap
"..cit..podaaa .."Kepada semua cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah yang pernah mencurahkan ilmu kepada anak pok ya ni, azah ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segalanya. Sayang kamOO semua!!!!
Sempena sambutan hari guru esok di SMK Seksyen 19, adik aku, cik aida mewakili kelas dia , bagi hadiah kat cikgu kelas diaorang, So aku ni la yang jadi mangsa untuk membungkus dan mengkretifkan (kreatif ke??) bungkusan itu..taraaa..nilah hasilnya..cik aida kan akak dah pesan jangan pegang kunci kelas..(^-^)