Sunday, August 28, 2011

SIHAT sebelum SAKIT

Assalamualaikum.

Tadi petang masa tengah godeh facebook, tiba tiba ada update news about an ordinary young girl. It come across dalam wardina punya facebook, Wardina Safiyyah OfficialPage. It makes me wonder siapa gadis ni sampai ada satu akaun to contibute for her medical expense. Subhanallah, cantik orangnya.Her name Zarith Nadira or Rara Zikry. Such a wonderful name kan macam orang nya. Sekarang Allah sedang menguji dia dan keluarganya dengan kesakitan yang dialami.

Tiada siapa menduga dan mengetahui urusan Allah apabila orang yang kita lihat sihat dan sempurna dalam sekelip mata ditarik nikmatnya. Dia hanyalah gadis biasa yang hidup normal seperti orang lain sebelum ini, tetapi TIBA-TIBA jatuh ketika sedang berjalan dan mengalami kecederaan otak akibat oksigen tidak sampai ke otak .

Saya tidak mengenali Rara tetapi saya terpanggil untuk mencoret kisah dia sebab saya pasti ini satu peringatan Allah pada kita semua, moga dijadikan iktibar dan redha pada ketentuanNya. Saya terdiam seketika menatap gambar-gambar gadis ini sebelum datang sakitnya. Dia sangat sihat, gembira dan sentiasa tersenyum. Tiada siapa dapat menduga ketentuan Nya, ujian datang tanpa diminta, oleh itu bersabarlah..terima dengan ikhlas dan sentiasa berdoa. Memohon padaNya sebab sakit itu dari DIA, maka ubat pun kenalah minta dari DIA. Teruskan berikhtiar dan berdoa. Allah menyembuhkan orang yang sakit dan meringankan beban orang yang mendapat cubaan.

Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa padaNya..(An-Naml:62)

Saya sendiri tidak tahu sampai bila saya mampu bernafas sesempurna ini, sampai bila kaki saya mampu melangkah laju, sampai bila tangan saya mampu menulis, sampai bila mata saya boleh melihat, telinga saya boleh mendengar kerana siapa saya untuk menentukan takdir saya. Semua ini pinjaman semata-mata, bukan milik saya..tetapi milik Allah. Bersyukurlah dengan nikmatNya.

Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).Rasulullah sudah mengingatkan kita akan hal ini, yang PERTAMA: SIHAT SEBELUM SAKIT.Ketika sihat, kita haruslah mengenang nikmat dikurniakan ke atas diri kita dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit.

1. Sihat sebelum sakit
2.Kaya sebelum miskin
3. Lapang sebelum sempit
4. Muda sebelum Tua
5. Hidup sebelum mati

Mari kita sama-sama doakan Rara semoga dia cepat sembuh dan back to normal as before dengan IzinNya. Mungkin suatu hari nanti apabila Rara pulih, dia akan TERAMAT bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana memberi rasa sakit dan ujian itu padanya. Saya ada terbaca di page facebook rara yang kisahnya akan dipaparkan di MHI pada hari raya ketiga.

Kepada sesiapa yang nak tengok keadaan dia dan membantu, leh visit page facebook ni.





No comments:

Post a Comment