Sunday, June 19, 2011

♥ SELAMAT HARI ABAH ♥

Selamat Hari Bapa!!

Hari-hari adalah hari bapa bagi saya. Mereka patut diraikan setiap hari, dihargai dan dilayani dengan penuh kasih sayang. Apa present saya bagi kat abah?erm..takde pepe...cuma ucapan sahaja. Kedengarannya seperti saya tidak mengambil berat tentang hari istimewa ini, tetapi itulah saya, itulah konsep yang kami sekeluarga amalkan. Tidak pernah ada keraian untuk sebarang hari-hari istimewa.Mungkin sudah biasa dibesarkan begini, maka tidak pernah terlintas sedikit pun rasa sedih atau kecewa seraya melihat orang lain meraikan hari istimewa mereka di tempat-tempat yang eksekutif.

Emak dan abah banyak memberi saya kekuatan dan banyak mengajar saya tentang hidup. Kesabaran dan kegigihan mereka membesarkan kami 5 beradik takkan saya lupa sampai bila-bila. Emak dan abah tidak pernah memberi saya hadiah yang mahal-mahal tapi cukup kasih sayang dan didikan yang menjadi pegangan saya hari ni. Saya bukanlah dari golongan kaya dan tidak juga miskin, tetapi kesederhanaan menuntut saya erti pengorbanan.

Sehingga sekarang 19 tahun berlalu emak masih menjual kuih untuk menambah pendapatan abah bagi menyara kami sekeluarga.Seawal jam 4 pagi, emak sudah menyekang mata menguli tepung dan membuat kuih untuk dijual. Sedangkan orang lain enak diulit mimpi, emak melawan rasa mengantuk semata-mata untuk membantu abah dalam pengurusan belanja harian keluarga.. Ayah saya sekarang seorang pemandu teksi setelah bersara dari dunia pemandu nya.Dengan duit kuih dan pekerjaan abah sebagai pemandu itulah, saya berjaya sehingga ke menara gading dengan harapan saya mampu mengubah hidup kami sekeluarga. Alhamdulillah saya sudah pun mempunyai pekerjaan tetap sejurus selepas menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia dua tahun yang lalu.

Masih saya ingat lagi ketika abah masih bekerja sebagai pemandu di suatu ketika dahulu, jam 5 pagi abah sudah keluar bekerja.Setiap kali saya bangun dari tidur, saya tak nampak abah. Dan bila saya masuk tidur, abah masih belum pulang dari kerja. Seharian suntuk abah bekerja sehingga lah abah masuk ICU akibat komplikasi jantung ketika saya menuntut di kolej matrikulasi perlis. Seminggu abah tidak sedarkan diri, terdetik dalam hati sempatkah saya untuk membalas jasa dan pengorbanan besar beliau. Namun kuasa Allah Yang Maha Esa, abah membuka mata dan kembali melihat dunia. Syukur masih ada peluang untuk saya bermanja dengannya.

Namun satu yang saya bangga dan terharu ialah kesetiaan emak bersama abah. Menemani abah ke mana sahaja beliau pergi. Emak seorang yang berjiwa kental, tiada setitik air mata pun yang jatuh di pipinya ketika setiap hari melawat abah di Hospital.Itu semua dilakukan kerana tidak mahu anak-anak beliau rasa sedih. Emak ingin menjadi pembakar semangat kepada kami supaya menjadi kuat dan tabah. Emakla peneman setia abah..sesungguhnya beliaulah bakal penghuni syurga..InsyaAllah.

Pengorbanan abah dan emak yang bersusah payah untuk segala-galanya demi anak-anak mereka teramat saya hargai. Oleh itu tekad saya untuk membalas jasa mereka yang tidak terhingga. Menghabiskan sisa-sisa hidup mereka dengan memberi mereka kebahagiaan dan dengan menghadiahkan kejayaan hidup saya berkat doa dan semangat mereka. Syukur ke hadrat Illahi, segulung ijazah yang saya terima dua tahun lalu merencana lembaran baru dalam hidup kami.

Keluarga adalah segala-galanya buat saya..saya tidak tahu apa akan jadi kalau saya hilang mereka. Belum bersedia rasanya walaupun itu adalah pasti. Maka tidak hairanlah ketika masih menuntut dahulu, saya jarang menghabiskan masa senggang saya dengan rakan-rakan sekolah jika saya pulang bercuti kerana cara hidup saya berbeza. Saya lebih gemar duduk di rumah dan membantu emak membuat kerja rumah dan membuat kuih pada malam harinya. Kerana bagi saya kehilangan kawan boleh di cari, tapi hilang keluarga, gelap dan sepi hidup saya. Saya amat besyukur mempunyai keluarga yang begitu memahami dan menyayangi saya..melindungi saya..membuat hidup saya gembira..dan berasa selamat bila disamping keluarga..

Hidup ini amat indah bila dapat meluangkan masa bersama dan yang paling gembira bila dapat keluar berjalan-jalan dan makan besar bersama keluarga. Keluarga adalah keutamaan saya. Bulan lepas 4 hari saya mengambil EL, kerana abah dimasukkan ke hospital akibat kencing manis selama seminggu. Semuanya saya lakukan untuk abah..untuk emak. Biarla orang nak kata apa, as long as apa yang saya buat itu boleh membahagiakan emak dan abah, saya akan lakukan. Kerana emak dan abah adalah jaminan untuk saya ke nuruljannah…InsyaAllah..

Terima kasih ABAH..Terima Kasih EMAK..Syukur Alhamdulillah..atas segalanya…mendidik , menjaga, mengasihani dan mengajar saya menjadi insan yang berguna…

SELAMAT HARI BAPA, ABAH...SAYA SAYANG ABAH SAMPAI AKHIR HAYAT SAYA.. ♥ ♥ ♥



Wednesday, June 15, 2011

Apabila $$$ macam sungai.. :-(

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak citer pasal dugaan..pernah tak masa korang tengah banyak duit, tiba2 ada je barang-barang dalam jagaan korang yang sebelum tu elok tiba-tiba takde angin, takde pe, dalam tenat..dan saat itulah kesabaran korang akan teruji sebab pengaliran wang berlaku dengan sangat drastiknyer. Masa tgh cikai, dapat cukup2 makan, takde pulak hal yang menguji kesabaran. Tapi bila ada lebih, satu persatu dugaan datang.

Alkisahnyer..aku dapat lah lebih sikit bulan ni, dan plan asalnye wang itu aku nak beli laptop,jam, cincin, bayar ptptn, dan belanja famili aku makan besar. Dan dalam kepala otak aku ni igt nak saving sikit la kan. Namun apabila hari yang ditunggu pun tiba, tup2 kamera aku rosak. Adui...cam tau2 je..Sebelum ni sihat walafiat jer. Tiba-tiba masa tgh snap gambar tu, kamera tu tak leh tutup dan lens dia rosak. Sedehnyer. So kena la beli kamera baru, dengan tak sengajanyer, kamera ni pun masuklah dalam wish list aku utk dibeli. Sabar je la.

Bila dah jadi cmni, mmg lari la budget aku, so aku pun utamakan apa yang penting dulu iaitu my lappy dan settlekan hutang ptptn dulu. Ok, aku pendingkan dulu jam and cincin tu sebab igt nak survey mana yang murah, tup2, masa antar servis kete, brake pad aku pulak rosak..macam hampeh dah...melayang 308 plus service charge 380. perh...yang aku sakit hati tu, baru je aku beli kete tu 1 tahun 4 bulan yang lalu, macamana pulak brake pad leh haus..gilos betol perotiga ni. Mcmn wat kete pun aku tak paham. Dugaan betol..Tak pasal2 aku kena add on 2 benda ni dalam spend list aku. Sangat-sangat sedeh... :-(

Bila difikir2kan sedehnyer sebab itula masanyer kita nak manjakan diri setelah setahun penat bekerja..nak tggu dapat tu, 365 hari, tapi bila dah dapat, 7 hari dah lesap...wargh.....wargh....
Tapi tulah aku anggap ni dugaan dan dan bersyukur gak sebab Allah uji aku ketika aku dalam senang, tapi kalau aku diuji masa aku tengah dalam kesulitan, macamana aku nak settlekan semua tu dan nak bayar dengan ape. Alhamdulillah tidaklah aku merana sangatkan..masih ada yang ditinggalkan untuk diri ini sehingga 28hb ni..huhuhu


replacing old lappy ~ http://e2kamu.blogspot.com/2010/04/laptop-kopakngerrr.html ~

old one ~ miss hyundai ~ 7 tahun dalam kenangan ~

banyak jasa lappy ni, tolong watkan assignment aku, simpan projek2 study aku, dan banyak lagi...alhamdulillah


my new baby ~miss leno~







Sunday, May 1, 2011

SAYA SEBAGAI BURUH

Assalamualaikum..yuhuuu!!

Agak berkurun aku tinggalkan blog ni. Tak sempat nak mengupdate..super duper bzzzz.

Selamat hari pekerja!! hOpe kita semua jadi pekerja yg istiqamah dan menyumbang yang terbaek utk company yer. Oleh sebab 1 mei ni jatuh hari ni, makanyer esOk adalah cuti umum. Malangnyer bagi segelintir pekerja yg berdedikasi (sgtlah kan^-^) seperti aku ni, terpaksalah bekerja esOk. Ini semua gara-gara closing..sOb sOb sOb.Sepatutnye hari ni pun kena datang keje jugak, tapi bila dah banyak sgt kenduri kendara yang kene pergi, dan bila penat pun melanda diri, jadi aku pn decide tak nak g keje. sO EsOk pagi kenalah datang awal nak siapkan keje hari ni punya..uish..malas tahap gaban nak bangun awal!!.

Selalu aku terpikir kenapalah kadang-kadang kita (aku pun termasuk jugak ni) selalu ada perasaan malas nak pergi kerja. Aku pernah tengok motivasi pagi kat TV3 , motivater tu cakap sebabnyer kita selalu set kat minda kita kerja tu tak best..aku tak suka kerja aku..aku tak suka bOs aku..aku rasa tak sabar nak berhenti..dan macam-macam lagi rasa negatif. Disebabkan perasaan inilah kita akan cepat rasa bOsan dan timbullah pelbagai alasan nak skip g keje..ish3x.

Kalau tak g keje, tak de gaji, bila takde gaji, tak dapat nak penuhi kehendak diri. Jadinyer bak kata Dr James Mantague ni..

Saya tak pernah berjumpa dengan seseorang yang menderita kerana terlalu banyak bekerja. Lebih banyak orang menderita kerana terlalu banyak cita-cita tetapi tak cukup berusaha ..

So janganlah asyik nak merungut wahai pekerja sekalian, lakukanlah kerja dengan bersungguh-sungguh dan lakukan kerja itu sebagai ibadah.Marilah sama-sama berusaha yer kawan-kawan.

Ini pula kata-kata Dr Fadzilah Kamsah tentang kerja..Mari renung2kan..

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA', tapi hampeh, hasilnye macam kita 'TAK DATANG KERJA'

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.

3. Adakala kita rasa kita ‘PRIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KERJA’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT’


p:s: To all Malaysian workers, happy labor day!!







Saturday, April 23, 2011

MY AUNI'S

THEY ARE TWO IN A MILLION...

Baby you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
Girl you're so one in a million

Cik wa loves Auni's



Saturday, January 29, 2011

Understanding people who stop you dreaming


This entry comes across in my mind, after thinking it for so long. Sometimes, I do not understand why people like to hurt others feeling and insist that they were joking but it actually hurting. I believe each of us has meet this type of people in our life. Why these people simply have to say such things?

When they tried to provoke you with the things they said, what should we do to handle it? Yes, those things sometimes can make us mad and do we have an option to avoid this pain? Is it ignoring them would be the best way? yet it more hurting because we keep in our heart and pretend that we are okay but actually we are not.

At the end, we try to change not because of our self, but more because we want them accept us into their life. Why should we hate ourself? Why should we change? Why do we have to feel miserable for what they did and said? And why bother??

You can only be hurt if you allow it to hurt. We can never control people’s mouth. They have right to said anything they like even though that word hurting other feeling and make people feel depressing.

When should they change? Hope, they can take minutes to thinks, what they said/did was wrong and so annoying…Remember that these people not V.I.P in our life and not deserve our attention. Lets the wind brings them into their world and learns from their words.
Quote of the day:

IT IS BETTER TO BE HATED FOR WHAT YOU ARE THAN TO BE LOVED FOR WHAT YOU ARE NOT!!

Friday, December 31, 2010

Welcome 2011..Bye Bye 2010


Salam semua...tahun baru is coming in a few minutes. Rasa macam tak percaya je kan, tapi itulah kitaran alam. Masa sentiasa bergerak tanpa menunggu kita. Apa yang best 2010 bg saya? Pastinya memiliki kereta sendiri adalah pencapaian paling besar dalam hidup saya. Alhamdulillah saya dapat apa yang saya nak tahun ini.

So 2011, macam-macam plan dah ada dalam kepala otak ni. Insyallah ada rezeki, saya ingin capai semuanya. Antaranya saya plan nak wat master. Skrg tgh proses mensurvey lagi uni mana. Yela nak sambung belajar ni melibatkan masa dan wang so, kena manage balik masa dan cek bajet. If everything is ok, then tercapaila impianku di 2011. Personally pulak, saya nak jadi lebih baik kepada agama saya, islam yang dicintai..lebih baik kepada pekerjaan saya..lebih baik kepada kehidupan saya, famili saya, kawan-kawan saya, dan kesihatan saya,Pendek kata..panjang pun kata, lebih baik serba serbi la. Biar cita-cita dan impian besar, walaupun kadang-kadang susah nak tunaikan sebab its beyond our expectation kan.. Sekurang-kurangnye kita hidup ni ada matlamat. Bukannye hidup semata-mata.

Before ends ni nak selit sikit al kisah bolasepak negara. Satu malaysia dah dilanda tsunami bolasepak sekarang ni. Tsufahmi..Tsusafee..Memang superb la..Dah lama tak histeria tgk bola macam ni.Dulu sebelum masuk matriks saya sangat die heart dengan football ni, Liga tempatan and EPL. I know everything abaout the game, player..boleh dikatakan kalau tanya saya pasal mana-mana pemain, saya leh jawab dengan cemerlangnyer...so fanatic. Sampaikan buat folio pjk pasal bolasepak. Girls lain buat pasal bola jaring, bola baring, ala game2 perempuan ni. Tapi saya nak lain dr lain, saya wat football. Siap wat notes sendiri pasal football rules tanpa refer any books. So taksub...saya perempuan gila bola satu ketika dahulu. Tapi pas sambung belajar dah terus hilang minat sebab susah nak dapat source and follow up updates pasal football ni. Untuk skuad harimau malaya, tahniah!! terima kasih sebab anda kami cuti hari ni..yeyeyeye :-)

Happy new year 2011!! and best of luck for your future undertakings!!!!

Justify Full

Monday, December 27, 2010

Nasi Ayam

* sempat tangkap gambar guna kamera canggih *

* tgh syok sendiri tangkap gambar baru sedar, nasi dengan sup takde *

* kamera jd tak canggih sebab bateri habis, so guna handphone jer *


Semenjak aku mencuba nasi ayam yang dimasak my BFF yani, terdetik di hati, kalaulah aku pandai masak macam dia...erm. Jadi aku mengambil kesempatan cuti ganti krismas hari ni sebagai cabaran memasak di dapur.Pagi-pagi lagi mak dengan abah dah keluar pergi tesco kemudian mengurut terapi. Apa lagi,aku mulakan cabaran masterchef..konon2 macam whitney, juara masterchef US tu. Sebelum itu takut gak kalau tak menjadi sebab sebenarnya aku tak pernah masak makanan berat-berat macam ni. Paling berat pun ayam masak hijau(cili padi). Itu pun simple-simple jer. Akhirnya seawal jam 9.00 aku dah ke dapur, membasuh ayam dan menyediakan bahan-bahan untuk menu aku hari ini. Kul 12.30 mak and abah sampai umah, masa tu semua dah get ready, tinggal nak cedok nasi. Tepat 1.2.45 tghr siap sudah menu aku complete dengan teh o ais untuk hidangan lunch .Adush!!! terasa berdebar pulak nak dengar komen dari keluargaku, alhamdulillah respon diterima cukup menggalakkan. Cubaan pertama ku berjaya!!!.. Sepanjang masak tu aku selawat, baca bismillah, nak tumis nak rebus, nak masak nasi...semuanya aku jampi2 dulu dengan bismillah. Yelah takut sihh!!!. Akhirnya aku rasa puas sangat hari ni. Ahad semalam mula google cari resepi..macam-macam yang aku jumpa. Sampai pening kepala nak ikut yang mana satu. So akhirnya aku ubah sikit-sikit ikut citarasa famili aku, inilah ramuannya....Senyum :-)

Rebus ayam :
Bahan :
Ayam 2 ekor
Bawang Putih : 3 ulas
Halia : 3 inci
Kiub Maggi : 2 kiub

Cara :
Bawang putih dan halia dititik. Masukkan dalm periuk bersama-sama air dan ayam yang telah dipotong. Biarkan sehingga mendidih. Selepas didih, tutup api.
Keluarkan semua ayam dari periuk kemudian sejukkan dan toskan sampai kering.
Asingkan 1 cawan untuk membuat sos dan sukatan air untuk masak nasi.

Perap Ayam :
Bahan :
Lada hitam : 2 sudu besar
Bawang Putih : 2 ulas
Mentega : 1 sudu besar
Kicap Pekat : 2 sudu besar
Madu : 3 sudu besar
Gula : 1 sudu besar.

Cara:
Bawang putih dan lada hitam ditumbuk halus. Kemudian digaul rata bersama bahan perapan yang lain ke atas ayam yang telah kering dan sejuk tadi. Perapkan selama 1 jam.

Sambil nak tunggu ayam perap, kita leh masak nasi dan buat sup.

Bila ayam dah perap dan sebati dengan bahan perapan, kita boleh mula menggoreng.Gunakan api sederhana.

Nasi:
Beras : 4 cawan (saya guna beras biasa, cap rambutan merah)
Bunga lawang : 1 kuntum
Kayu manis : 1 batang
Buah pelaga : 3 biji
Halia : 1 inci
Kiub Maggi : 2 kiub
Bawang Putih : 2 ulas

Cara :
Beras dibasuh dan toskan.
Bawang putih dan halia ditumbuk. Kemudian tumiskan bawang putih dan halia itu bersama bunga lawang, kayu manis, buah pelaga selama 1 minit.(sampai naik bau)
Kemudian masukkan dalam rice cooker, masukkan pula beras. Tuangkan air rebusan ayam yang direbus tadi mengikut sukatan anda. Masak macam masak nasi biasa. Saya sukat guna garisan jari...dah biasa.senang..Lepas itu letak garam sikit.

Sementara tunggu nasi masak, boleh buat sup pula.

Sup:
Bahan :
Bawang Putih : 2 ulas
Bunga lawang : 3 kuntum
Kayu Manis : 2 batang
Buah Pelaga : 3 biji
Bawang Merah : 1 biji
Daun Sup : 1 ikat
Bawang Goreng

Cara :
Bawang Merah dan bawang Putih ditumbuk halus. Tumiskan bersama kayu manis, buah pelaga, bunga lawang selama 1 minit (sampai naik bau).
Kemudian masukkan dalam periuk air rebusan ayam. Letak garam dan serbuk perasa (ajinoto sedikit).Biarkan sampai mendidih.
Sudah mendidih, letak daun sup dan bawang goreng.

Sos:
Cili kering yang telah dikisar (jerang dengan air , kemudian blend kan) : 3 sudu besar
Tomato : suku biji
Air rebusan ayam : 1 cawan
Gula : 1 sudu
Bawang Putih : 2 ulas

Cara:
Kisarkan tomato, bawang putih, cili, dan gula.
Masakkan bersama air rebusan ayam sampai pekat.Kalau agak pekat atau pedas bolehla tambahkan sedikit air.
Letak sedikit garam.

Saya tambahkan kicap manis ABC dalam sos saya. Jadi ada rasa manis-manis pedas.

Akhirnya sediakan Timun, Salad dan tomato sebagai pelengkap Menu Nasi Ayam.

Kepada yang nak mecuba leh lah..memasak ni best pulak aku rasa. Nikmat.. :-)