Saturday, July 17, 2010

Jiwa Kacau

Sejak kebelakangan ini, jiwa aku entah kenapa agak tidak tenang. Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran. Masih banyak yang aku kejarkan sehingga kadang-kadang aku sendiri buntu tentang apa yang aku sendiri mahukan. Saat ini, ingin rasanya kembali ke zaman pengajianku..bersama sahabat2 yang menyokong dan memahami jiwa ragaku. Tidak mahu dibebani dengan tujahan-tujahan yang menyakitkan. Mendampingi mereka yang memaksa aku menjadi manusia yang hidup dalam kepura-puraan..Aku ingin bebas menaakul dan menerokai dunia ini tanpa ada rasa halangan yang menyesakkan. Jalan mana aku harus lalui Ya Allah. Bawalah aku ke satu ruang yang bisa aku tuntun hati ini tanpa mengecewakan sesiapa..

" Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."