Sunday, August 28, 2011

SIHAT sebelum SAKIT

Assalamualaikum.

Tadi petang masa tengah godeh facebook, tiba tiba ada update news about an ordinary young girl. It come across dalam wardina punya facebook, Wardina Safiyyah OfficialPage. It makes me wonder siapa gadis ni sampai ada satu akaun to contibute for her medical expense. Subhanallah, cantik orangnya.Her name Zarith Nadira or Rara Zikry. Such a wonderful name kan macam orang nya. Sekarang Allah sedang menguji dia dan keluarganya dengan kesakitan yang dialami.

Tiada siapa menduga dan mengetahui urusan Allah apabila orang yang kita lihat sihat dan sempurna dalam sekelip mata ditarik nikmatnya. Dia hanyalah gadis biasa yang hidup normal seperti orang lain sebelum ini, tetapi TIBA-TIBA jatuh ketika sedang berjalan dan mengalami kecederaan otak akibat oksigen tidak sampai ke otak .

Saya tidak mengenali Rara tetapi saya terpanggil untuk mencoret kisah dia sebab saya pasti ini satu peringatan Allah pada kita semua, moga dijadikan iktibar dan redha pada ketentuanNya. Saya terdiam seketika menatap gambar-gambar gadis ini sebelum datang sakitnya. Dia sangat sihat, gembira dan sentiasa tersenyum. Tiada siapa dapat menduga ketentuan Nya, ujian datang tanpa diminta, oleh itu bersabarlah..terima dengan ikhlas dan sentiasa berdoa. Memohon padaNya sebab sakit itu dari DIA, maka ubat pun kenalah minta dari DIA. Teruskan berikhtiar dan berdoa. Allah menyembuhkan orang yang sakit dan meringankan beban orang yang mendapat cubaan.

Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa padaNya..(An-Naml:62)

Saya sendiri tidak tahu sampai bila saya mampu bernafas sesempurna ini, sampai bila kaki saya mampu melangkah laju, sampai bila tangan saya mampu menulis, sampai bila mata saya boleh melihat, telinga saya boleh mendengar kerana siapa saya untuk menentukan takdir saya. Semua ini pinjaman semata-mata, bukan milik saya..tetapi milik Allah. Bersyukurlah dengan nikmatNya.

Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).Rasulullah sudah mengingatkan kita akan hal ini, yang PERTAMA: SIHAT SEBELUM SAKIT.Ketika sihat, kita haruslah mengenang nikmat dikurniakan ke atas diri kita dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit.

1. Sihat sebelum sakit
2.Kaya sebelum miskin
3. Lapang sebelum sempit
4. Muda sebelum Tua
5. Hidup sebelum mati

Mari kita sama-sama doakan Rara semoga dia cepat sembuh dan back to normal as before dengan IzinNya. Mungkin suatu hari nanti apabila Rara pulih, dia akan TERAMAT bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana memberi rasa sakit dan ujian itu padanya. Saya ada terbaca di page facebook rara yang kisahnya akan dipaparkan di MHI pada hari raya ketiga.

Kepada sesiapa yang nak tengok keadaan dia dan membantu, leh visit page facebook ni.





Saturday, August 20, 2011

Raya kerrrr.. :p


Alhamdulillah sudah 20 hari kita berpuasa. Wah nak raya dah..lagi 10 hari je kan.
Woott..woot. :-)

Tapikan, raya tahun ni mungkin tak meriah seperti sebelum ni, malahan tak rasa macam nak raya pun sebabnya rumah sekarang tengah renovate. Sadis kan sebab sangat huru hara dalam rumah ni. Periuk belanga, kotak-kotak..malahan dapur masak dengan almari makanan pun kat luar rumah. Canggih mak aku, masak kat luar.

Sedeh gak la sebab tak leh nak pakai langsir baru, bekas kueh baru, alas meja baru. Out of planning. Tiba-tiba mak cakap, inikan dugaan..sabar la. Nanti raya haji kan boleh guna. Huhu..Senyap jap..#$!@%. Betol gak mak cakap.

** Sila bersyukur ye cik nora sebab masih boleh beraya dengan famili**


Friday, August 5, 2011

:-)

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh


Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam




SATU PETANG DI BULAN RAMADAN

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa hari ke 5. Hari ini saya cuti lagi. Semalam pun cuti.Adoii, asyik cuti je kan. Nanti kena buang kerja baru tau. Tak baik ikut perangai saya ini kalau tak de sebab okayy. Alkisahnya, saya eksiden lagi rabu lepas (3.8.2011 @ 3 ramadan @LDP @ 5.30 PM@ In Front of TV3, opposite way), genap-genap sebulan lepas eksiden pertama.Baru plan nak luah kat sini pasal eksiden yang pertama tuh, tup tup, kena combine 2 + 1..sebab dah jadi buat kali ke dua.

Masa on the way balik umah tu, baru lepas hujan lebat, jalan jam sangat, kereta pun banyak. Yela semua orang balik awal kan. Saya nampak kereta belakang ikut rapat sangat , Dalam hati saya cakap "ini kalau aku brek ni, mau dilanggarnya belakang".Tiba-tiba..%@%^^!@!...DONGGGGGGG!! (bunyi yang sangat kuat). Saya dah cuak , nak nangis . Kena lagi..bila turun tengok belakang, adoii, bumper kopak. Amoi tu admit salah dia, katanya jalan licin, dia tak leh control. Wargggghhhhh....menangis dalam hati. Amoi tu suh hantar ke bengkel kawan dia.Terus telefon abah, abah tanya, kereta leh jalan tak? Kalau boleh, terus balik, nanti kita check. Lepas sesi beramah mesra, dan menukar number telepon, aku pun drive balik dengan hati yang SANGATTT tak keruan. Tangan, kaki mengigil gigil. Mulut ni tak berhenti-henti memohan pertolongan dari Nya.Fobia yang lama pun masih berbaki inikan pula ditambah dengan fobia baru. Berganda-ganda la semangat saya yang kian hilang ni. Takde semangat nak pergi kerja. Pagi ini, abah kata abah boleh hantarkan. Tapi saya la pulak rasa bersalah sangat sebab suka menyusahkan abah.

Semalam masa pergi amik kete kat workshop kat Kelana Jaya , 2 jam sangkut kat jam. MasyaAllah, banyaknya kereta. Melekat macam gam gajah tu.Hujan pulak tu. Lagila bertambah-tambah jammm. Asyik call apek tu suh tunggu, sebab dia tutup workshop kol 7. Tapi masa kol 7, tgh stuck kat Taman Mayang. Taman Mayang nak ke Taman Megah tu setengah jam. Sedangkan sebelah je pun. Naseb baik, mak dah bekalkan siap-siap makanan dengan air spesel untuk kami 3 beranak. Berbukalah kami denagan scallop(weewitt...nyum2)..dan jus temibikai laici. Perghhh...Alhamdulillah. Sampai je kat workshop tu, apek kata "mau balik sudah, mau tutup kedai, tunggu sama lu olang"..hehehe..dengan tersengih-sengihnyer abah minta maaf..comel je.Setelah di periksa dengan teliti(macam ayat pegawai penilaian Majlis Bandaraya..hehehehe), kereta lulus untuk dibawa pulang. Weeeeeee...takut sangat time tu, sebab saya masih down lagi dengan kejadian yang menimpa. Naseb baek ada sis comell saya tolong teman. Tq sis ku. ♥ Sayang Kamoo..muahmuahmuah , you always be with me ♥ Saya memang gelabah giler, dengan minyak takde, dah gedik-gedik kat screen tu. Dah kuar line ---, means saya tak leh estimate berapa KM lagi saya leh pergi.Abah dah pesan, sempat sampai Shah Alam, jangan risau. Okay, tawakal pada Allah, saya pun menyusup di lebuhraya LDP tu, dalam hati mengharap jalan tak jam.Abah asyik call, tanya nak isi minyak ke.Saya kata takpe, sampai Shah Alam lepas ni. Alhamdulillah sebelum tol batu tiga, saya berjaya ke stesen minyak.

Balik umah, sms amoi tu " TQ for your attention, kereta sudah elok, TQ very much..Then a minute later..tet..tet..sms balas " Its ok. It is my responsible "..Good person kan.. She knows what she should do upon her mistake.

Tak macam apek yang langgar saya sebulan yang lepas, siap marah-marah lagi. Sepatutnya saya yang marah dia, tapi ini tak, terbalik pulak. Dia kata nak elak ferrari, aish..alasan banyak pulak. Dia nak potong line, tak lepas, nak masuk balik line, dilanggarnya kereta saya dari arah belakang. Yang sakit hati siap kata.." takkan i nak langgar ferari itu ma"..wah...budget leh langgar la kete aku ke..Lokasi kejadian bawah sikit dari kejadian kedua ni @9.30 PM @ 4.7.2022 @LDP@ In front of OU(opposite way). Kes yang ini sampai masuk balai. Jumpa dia kat balai, ya Allah, baik la pulak. Siap minta maaf, bersalam-salam lagi..tadi bukan main dia marah-marah, tengking-tengking, sampai balai tukar citer len..haishhhhh....2 minggu kereta kat workshop, saya berjaya claim insurans dia. Alhamdulillah saya menang kes. Dia pulak didenda RM 300. First kejadian ni saya sangat sangat gelabah sebab 1st time kena. Bunyi kuat pulak tu, tayar pecah, absorber patah, bumper kopak, ..kena panggil truk tunda. sebab tak leh jalan..duk balai sampai kol 1.00 pagi..huish..ini peristiwa paling sedih.

~kete ku yang dilanggar oleh si giler yang tak mau langgar ferari..~

So hari ni, saya masih di rumah, mengutip semangat yang makin hilang. Berfikir dan bermuhasabah diri, apakah ini semua hukuman atas kekhilafan diri. Hanya DIA YANG MAHA ESA, mengetahui..Pesan abah..NIAT KENA IKHLAS, MESTI ALLAH AKAN TOLONG KITA.. MOHON PERLINDUNGAN DARI NYA....

mood : ^-^-----sedih.........

Thursday, August 4, 2011

Ujian DariNya..

Assalamualaikum..

Things happened for a reason. A reason that I really don't know. But I believe there is something that Allah want to show me....

Bila ujian itu datang, barulah kita akan segera mengingatiNya. Sebab itu kesusahan itu perlu, sebab bila susah kita akan ingat DIA. Sebab itu kita perlu diuji, sebab bila diuji..kita akan ingat DIA..Di sebalik kesusahan, pasti akan ada kesenangan..

Ya Allah, , semangat ku makin pudar...apakah hikmah semua ni...Aku merintih, Aku menangis..dibukakan ruang untuk aku kembali...tariklah aku, andai aku lalai dalam mengingati Mu..Kuatkan imanku Ya Allah..

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini