Thursday, October 25, 2012

READY SET GO!

Salam.

Langkah bermula. Gelanggang dibuka.

Sumbang atau lurus kayuhan itu, kau belum tahu.

Ikut sahaja rentak , mengikut alunan yang dimainkan.

Tiada pengalaman dari pengajaran.

Tiada pengajaran jika tidak dimulakan.

Yakinlah kau mampu buktikan.

Kumpulkan semua kekuatan.

Demi ilmu yang tuhan aturkan untuk kau tuntut.

Ayuh bangkitlah lawan semua rasa takut.

p/s: lena ku tidak panjang jika terus memikirkan..huh *keluhku berat*



Wednesday, October 24, 2012

A GIFT

Thank you Allah for giving me a gift today..Alhamdulillah.

Sometimes less is more and I'm thankful for that.

After all the terrible and messy thing that i have been through lately, now it is the time i feel being appreciated.

Thank you for put your trust and believe on my capabilities.

Pray more happiness will come and cheer up my life tomorrow and day by day.

All the best to me.. Ameen ..

p/s : put my face on the pillow, and cry *sigh*


Monday, October 22, 2012

3 hari mendatang

Salam.

Untuk 3 hari. Urmmm...

Sempat ke?

Banyak yang nak dikejar ni.. Mampu ke aku. Boleh ke aku.

Kusut. Serabut. Takut.

Ya Allah kau permudahkanlah...

Tabah selagi mampu. Kuat selagi daya.

Pejamkan mata. Esok masih ada.

Atau esok sudah tiada.

Wassalam.

p/s: esok nak hantar overtime claim. masa mengumpul harta. kerja keras nampaknya. Pasti!!! Ayuh!!

Sunday, October 21, 2012

Ahadku di rumah

Pagi ahad yang tenang. Shah Alam, bumi basah.

Damainya..... bau hujan yang segar.

Arhh...lenaku diulit mimpi..Oh lupakan.

Masih belum lelap mata ini, jejari terus menekan-nekan papan kekunci.

Ada kerja yang perlu diselesaikan.

Waktu makin terhad. Tapi kelangsungan hidup perlu diteruskan.

Suka atau tidak, lapangkan saja dada.

Terima dengan terbuka, moga ikhlas dalam bekerja.

Jangan merungut, jangan mendengus, itu rugi namanya.

Wassalam.

p/s: kerja dah siap, leh sambung baca gossip.. :-)

Saturday, October 20, 2012

Gelora hati

Ku gagahkan diri. Ku tabahkan hati.

Wahai jiwa, sudah lama kau berduka.

Tidak mengapa jika kau gembira.

Peduli orang kata.

Mereka bukan sesiapa.
 
Jangan biar sedih melara.

Sayang harus ada.

Bila cinta lelapkan mata.

Bertahanlah....