Friday, February 19, 2010

Apa la aku nie?

Kali ni nak citer psl impian dan cita-cita.
Bulan 5 ni aku genap 25tahun..aku sudah tua rupanya.
Banyak lagi benda yang aku kejarkan.
Ada banyak impian belum dilaksanakan.

Sebenarnya aku baru mula 'hidup' tahun lepas.
Setahun lepas aku dapat keje kat T (bkn nama sebenar).
Sebelum tu, dari SPM smpai Universiti, masa aku bnyk di Utara.
Pas SPM masuk Matrik Perlis setahun, pastu masuk UUM Sintok, Kedah dr 2004 smpi 2008.
March, 2009 br grad.

Selama setahun ni apa impian aku yang tercapai??.ada satu je..beli kete.
Okla kan ada gak aset. Walaupn dibantu banyak oleh abah, tapi aku berjaya gak buat loan dengan bank..Hikhik..Aku seorang penghutang skung ni..Argh!!

Matlamat sekarang, nak beli rumah pulak..Tapi kena tggu ar, gaji kurang best skung..so kena mantopkan dulu.
Tapi sebelum beli rumah, aku kena perbaiki kedudukan aku.
Menjadi yang lebih baik dan lebih atas.
Untuk itu aku kena kerja keras.

Tapi niat dalam hati nak sambung belajar, nak wat master.
Tapi tak tahu bila.
Kena ambil kira bnyk benda nie.
Bolehke, sanggup ke aku sambung belajar balik??
Apa kata hati??


Last sekali...
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
v
Kahwin..(maaf ye, kena scroll lama sbb stress bab nie)
Mak dah tnya dan siap berangan nak suh aku tunang raya tahun ni.

Sebab senang buat majlis sekali katanya.
Garu kepala jap, pkir..mak dah start tny psl nie.

Soal ni dh jadi soklan wajib bila dah tua-tua ni..aduhai.
Mak, bab kakwin ni sabar dulu yek..ada jodoh adalah..insyaAllah..doa2kan je.

Entri ni lebih kpd syok sendiri.
Tgh boring ni, br pas makan nugget..kenyang la pulak.
Esok nak kuar main boling..hihihik.
Msti buruk ngupa aku main boling..ke longkang la jawabnya.




Wednesday, February 17, 2010

Lelaki Idaman saya...:-)

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan
Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

(credited to Ana...TQ :-)

Tuesday, February 16, 2010

Iman vs Fea

Rindu gler kat Iman..tak sabar tggu besok..:-)
Miss her like crazy...The one and only Auni Iman Batrisyia.


~ Ini kawan Iman, namanya Tommy ~

~ Heeee...Iman ada 2 batang gigi je~

~ Sopannya Iman...duk bersimpuh lagi..class gtu~

~ aloohai..bersepahnye bedak dia..~


~ cak...sy dah dapat adik..panggil Efa tau..Iman sayang adik~


Tuesday, February 9, 2010

WELCOME TO NEW WORLD..Adik!!


Newly Born~ Fresh in town~on sale
just arrived 9.01 a.m, 09 February, Tuesday


Kakak and Adik
Left : Iman , Right : Ifra

They are not twins, but they are sisters.. They look same, but they different..
blanket sama, baju pn sama..




Alhamdulillah, sekali lagi Allah mengurniakan rezeki buat kami sekeluarga. Syukur kerana rezeki ini terlalu pantas walaupun kelahiran pertama baru berlaku 1 tahun 2 bulan 4 hari yg lalu...Tahniah kepada abgku dan isterinya serta my baby boo, Iman..dah jadi kakak iman skung ni..kesian dia...Iman, cik wa dah ada Ifra (belum dipastikan lagi nk panggil apa)..Selamat Datang ke dunia baru- Auni Ifra Shafiyyah- meaning, ketenanganku kebahagiaan tulus ikhlas-.Sebiji muka kakak Iman ms kecik. Yang menariknya, Iman sebelum tu tak pandai jalan, tapi 2 hari sebelum kelahiran adik dia hari ini, iman telah menunjukkan tahap 'kerajinan' dia..Good girl. Mcm tau2 je dia nak dapat adik, baru la dia pandai jalan setelah sekian lama kami semua menunggu. Congrats Bepul and Kak Eton!!!!


Friday, February 5, 2010

SETAHUN BERLALU..HANYA TINGGAL KENANGAN

Setahun sudah berlalu...30 hbJanuari 2009,

Pagi jumaat tu hening sgt. Seperti biasa aku bangun awal pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Malasnya rasa hati, nak kejar tren, berhimpit-himpit..erm..lecehnya. Tapi hidup perlu diteruskan, rasa semangat sikit pagi tu, sebab akhirnya aku berjaya melepaskan diri dari 'kesengsaraan' hiruk pikuk ibu kota. 8 bulan menyibukkan diri bekerja di Kuala Lumpur, lega rasa hati sebab hari ni hari last aku keje. Seawal pukul 6 aku sudah keluar rumah, sebab aku perlu naik tren pukul 6.25 pagi, kalo tak alamatnya bersesak-sesakla. Pagi tu seperti biasa abah yang hantar. Pagi tu aku rasa tak sedap hati, rasa sayu je.Aku bermonolog sendiri " mungkin last day keje kot." tapi hakikatnya aku tak rasa sedey pn nak tinggalkan opis tu. Knp ni rasa mcm nak nangis. Tiba-tiba masa dalam tren, tgh layan perasaan tu, terigt kat wan. Semalam wan sakit teruk, abah kata dah lain macam. Aku tak sempat lagi nak melawat wan, aku pnt keje kononnya. Dalam hati " sok nak g tgk wan la, dh tak keje, mst tak penat"..aku mengomel sendiri.

Dalam ptg tu, abah bagi mesej ckp abah halfday, ateh kol, ckp wan sakit tenat. Abah suh doakan wan. Abah tak suh aku balik pun, maybe wan ok lagi agaknya. Memandangkan itu hari terakhir aku, tak banyak la keje yg aku buat. Pot pet pot pet je la..jalan sana-sini, kacau org, tinggalkan wasiat dan pesanan2..hahaha..aku happy je. Lagi sejam tu nak balik tu, lepas balik dr toilet, aku tgk kat atas meja ada bungkusan. Aku pelik bin hairan. Lantas kad dan bungkusan tu aku buka. Hehehe..ucapan utk aku..hadiah pn ada..Bestnya. Jiwa aku dah gelora dah, sedey plak tiba2 tapi airmata ni liat sgt nak kuar. Bergenang je lebih, tapi tak jatuh mencurah pn. Sayang pulak diaorg kat aku.sob!sob!sob!.

Ptg tu balik, dah dekat stesen batu tiga aku mesej adek nor, soh sape2 dtg jmput. Jam masa tu kul 6.40 ptg. Sampai di stesen shah alam, aku tak nmpk pn kelibat sapa2. aku mesej dek nor , dia kata Abg Epul dah kuar amik aku dr td. Erm, tak nmpk Abg Epul pn..Aku mesej, call dia banyak kali, tapi tak berangkat pn. " Manala pulak dia ni, dah maghrib ni"..aku mengomel lagi. Dalam kol 7.40, sejam lepas tu, dia pun muncul,"Pergi mana lama sgt?" Abg epul dengan wajah tersengih2 dia, "Pergi kejar peragut"..baik hatinya abang aku ni..rajin btol g kejar peragut. Aku pulak yang terpacak nak dekat sejam ni, rasa longgar je kaki ni. Takpe la memandangkan Abg epul lambat sebab tolong orang, aku pn senyum je la. Tak jadi nak marah2.

Masa smpi umah tu, abg epul ckp
" Jap g nak g umah wan.." Aku lantas menjawab" ok, nak ikut gak". Lepas solat, mandi dan makan tu aku leh duduk relax2 tgk TV lagi. Pastu kene mrh dgn Abg epul " Ko nak ikut tak?, kalo nak ikut napa tak siap lagi?,Abg epul nak cepat ni, nak tgk wan "..Aku pn bangun, cr baju kurung, nak gosok la kononya..pastu kena marah lagi " Ala tak payah la nak gosok, bukan nak g mana pn "..Abg epul marah lagi. Masa tu tgh azan isyak, baru line pertama, Allahuakbar, Allahuakbar...Entah tak semene2 aku terus menangis, Air mata ni laju je. Sedey la konon kena marah..Tapi ikutkan tak de pepun. Entah kenapa, sedu sedan aku nangis. Teresak-esak..Aku pn kononnya merajuk, cakap kat Abg epul " Takpela, kita tak nak pergi, kita lawat wan esok je ".

Aku masih terus menangis, tak jadi pergi. Masa time ni Azan isyak baru je habis berkumandang.. Masa Abg Epul start enjin kereta nak pergi, tiba2 telefon rumah berbunyi....
"Wan dah takde, baru td lepas isyak "..Abah menangis. Ha? Aku terpaku sekejap..Ya Allah, aku tak sempat nak jmpa wan.Allahuakbar, wan dah takde..Aku terus menangis, mengenangkan segala kaitan peristiwa yang berlaku kepada aku sejak pagi tadi. Masa perjalanan ke rumah wan, aku br perasan yang sebenarnya aku sudah diberi petunjuk akan kehilangan wan sedari pagi, tapi aku yang jahil ni, blh tak perasan..Dan tangisan aku ketika azan isyak itu adalah petunjuk dari Allah, bahawa saat dan ketika itu Malaikat sedang menjalankan tugasnya mencabut nyawa wanku, allahuakbar..besarnya kuasaMu.

Sampai di rumah wan, aku terus menuju kebilik wan. Terbujur kaku tubuhnya, aku menangis lagi. Wan, napa tak tunggu kita..Kita nak peluk cium, minta maaf dgn wan. Wan jaga kita dari kecik, wan ajar kita kenal Alif Ba Ta smpai kita khatam Quran. (Wan juga mengajar anak- anak jiran mengaji )..Wan, kita sayang wan...Masa tgh duduk merapati wan, Cik Ani (adik abah yg bongsu) suruh aku lap wajah wan. Bersihkan dengan tisu basah. Ya Allah, tak terluah rasanya hiba hati ini. Aku usap wajah wan, aku elus rambutnya, aku lapkan wajahnya yang kaku itu. Ya Allah, tenangnya nenek aku ini. Menggigil aku lapkan wajah dan badan wan sebab aku terlalu sedih. Aku cium dahinya..sejuk..wan..

Selepas dibersihkan, wan diangkat oleh cucu-cucunya ke ruang tamu. Kami semua berkumpul, membacakan surah yassin dan doa dan rumah wan tidak putus-putus dkunjungi sanak saudara dekat dan jauh.

31 Januari, 2009

Wan selamat dimandikan dan dikafankan jam 9.30 pagi. Cucu-cucu dan anak menantu diberi kesempatan untuk mengucup wan buat kali terakhir. Aku juga berpeluang melakukannya. Masa nak cium tu aku tak dapat membendung kesedihan ini, dan mak sempat tegur " Nora, lap airmata kamu dulu, tak elok"..ok, aku lantas mebersihkan wajahku dan terus mengucup dahi nenekku, wan yang tercinta. Akhirnya jam 11 pagi, wan telah selamat dikebumikan dan bersemadilah wan di alam yang lain. Menunggu dibangkitkan pada hari kiamat..Wan, kita teramat rindu kan wan, sebulan yang pertama, setiap detik dan waktu, wan sentiasa diingatan, Rasa tak percaya wan telah pergi meninggalkan kita buat selamanya. Malahan tidak terjangkau dek akal fikiran kami semua yang Allah akan mengambil wan secepat ini. Mungkin benar kata Ayong (Pak Longku ), " wan tak nak susahkan anak dan cucu-cucu dia ".Namun setelah setahun berlalu, aku sudah redha dan pasrah akan ketentuan ini, walaupn rasa ralat masih berbekam dalam hati kerana tidak sempat berada di sisi wan, masa menghembuskan nafas terakhir dan melengahkan waktu nak jumpa wan.

Kami mendokan kesejahteraan wan di "sana", mudah2 mudahan wan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan di jauhi seksaan. Sesungguhnya janji Allah itu pasti, dan kehilangan wan adalah suatu "wake up call" dan peringatan buat kami semua yang masih hidup. Aku mempelajari sesuatu dari peristiwa ini, agar sentiasa menghargai orang yang ada di sekeliling kita terutamanya orang yang tersayang kerana kita tidak tahu berapa lama lagi mereka berada di sisi kita. Meluangkan masa dan menghargai mereka tidak menuntut keringat dan kudrat tenaga tetapi ianya simbolik kasih sayang sesama makhluk tuhan.Saat kita berjumpa nnt, nenekku, Maimunah Shariff, damailah wan di sana... AL-FATIHAH..




Bila Malaikat menyabut nyawa, Baginda Rasulullah S.A.W Bersabda ,


Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.


Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.


Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.


Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.


WASSALAM..