Monday, January 23, 2012

HAPPY BIRTHDAY SIS

HAPPY BIRTHDAY19 MY DEAREST SISTER..CIK AIDA
(23-01-2012)


May you have awesome life ahead and get everything you dream for


I'll always be here through thick and thin
You can come to me, I'll listen
I'm your friend, I won't push you away
When you need a hug, my arms are wide open
When you need to talk, I have an open ear
Your growing up and getting older
Know that I'm always here, I'm not going anywhere
Wherever you are, I'm there with you
You’re in my heart and my prayers
Just know I'm here, because I truly care
You’re my sister, you mean so much
Don't want to see you hurt or cry
I'll wipe the tears, I'll get rid of your fears
Want to see you grow up and achieve
Just believe, have faith
You can do anything
You’re beautiful inside and out
You’re smart and very talented
You’re many things, but most all, you’re my sister
I believe in you and know that I'll never stop loving you

Petua untuk BEGOK

Hello...hai semua.

Wah banyak saya nak cerita ini. Orang lain baru start cuti raya cina esok kan, saya dah cuti awal sebenarnya dari selasa minggu lepas. So total cuti raya saya ialah 8 hari . Yahoo...tapi sebenarnya bersebab yer. Alkisahnya..

AHAD, 15 hb Jan 2012 :
Saya berasa amat sakit di bawah pipi. Ada ketulan kecil, bila ditekan rasa amat sakit. So saya tanya famili, abg and adik saya cakap, itu tanda nak demam. Ooo...ok, saya ni pun mengiyakan dan lega la takut la ada ketumbuhan ke apa kan.

ISNIN, 16hb Jan 2012 :
Pagi terasa ketulan macam membengkak dan sakit bertambah sakit. Bahagian bawah pipi sampai ke leher membengkak dengan jayanya.Tapi still pergi kerja sebab ingat takde apa-apa la kan. Malam tu, sakit ni bertambah dan bengkak makin membesar. Terus pergi klinik panel dalam jam 8.00 mlm.Doctor terkejut, sebab bengkak sangat, dan terus periksa. Doctor cakap ni virus kalenjar air liur. Atau lebih common , BEGOK. Tapi tetiba doctor cakap takut kanser. Masa doctor sebut kanser tu, meleleh terus air mata ini. Takotnyer. So doctor ambil darah,adoi sakitnyer kena cucuk jarum. Doctor suruh datang esok harinya jam 3 untuk tengok result. Doctor bagi MC satu hari.

On the way nak balik rumah, mak pesan suruh beli nila dengan cuka untuk kurangkan bengkak. Seeloknya nila serbuk. Cari punya cari kat shah alam ni, satu kedai pun tak jual nila serbuk. Yang ada nila cecair. Beli gak la, dah tak ada kan....

SELASA, 17 hb Jan 2012 :
Cuti dan berehat dekat rumah je. Terbaring dengan bantal yang tinggi menggunung sebab susah nak tido dan leher dah mulai tegang. Tak leh nak gerak kanan kiri. Pipi dengan leher dah bertukar menjadi biru kesan nila dengan cuka. Baunyer, masyaallah busuk sangat. Tapi nak cepat baik pnya pasal, tenyeh gak la kan.

RABU, 18 hb Jan 2012 :
Pagi ni pergi lagi klinik nak cek darah sebab smlm tak pergi. Takot... Pagi ni doc lain, dia tgk bengkak masih tak surut malah bertambah besar. Doctor decide kasi injection. Aduh..takot lagi. Doc suruh datang lagi esok untuk 2nd Injection. Injection ni untuk mengurangkan bengkak dan sakit.Doc bagi MC 2 hari sampai esok.

KHAMIS, 19 hb Jan 2012 :
Jumpa doc yang sama dan bengkak tak surut-surut. Doc decide refer hospital. Mak aihh..namo namo. Dahla esok last day keje. Kan saya berhenti esok kan, nak jmpa la kawan-kawan. huhuhu. Tapi doc still bagi MC esok.

JUMAAT, 20 hb Jan 2012 :
MC hari ke-4, tapi saya still pergi kerja sebab hari ini last day . Datang kerja dengan bengkak di muka yang sangat teruk. Semua pandang semacam sebab bentuk muka dah tak jadi V, dah senget sebelah. Sebelah kanan sangat besar dari bawah pipi hingga ke leher. Tudung pun tak leh nak cover bengkak sebab muka jadi lebar. DUGAAN.... Last day ni pun setengah hari je sebab dapat MC kan, so datang untuk kemas2 barang dan jumpa kawan-kawan. Sedeh sangat sebab minggu last ni minggu pendek untuk saya. Tak sempat sangat nak bergambar dan bermesra-mesra dengan kawan-kawan.

SABTU, 21 hb Jan 2012 :
Bengkak masuh belum surut, ada saudara bagi petua baru, suruh cari terung rembang dan dibuat rantai. Tapi nak buat rantai hanya guna 7 biji sahaja.Tunggu sampai kecut. Kalo kecut terung tu, maka bengkak akan surut. Petua orang dulu-dulu la kan. So pagi tu mak pergi pasar cari terung. Apa lagi saya pun ambil benang buat rantai dan pakai. Kelako sgt sebab tetiba ada bijik2 kecik kat tengkuk saya ni tergantung. Ubat punya pasal, turutkan saja.Lagi satu petua sarang angkut-angkut, sapukan kat bengkak bersama nila dan cuka. Tapi tak jumpa sarang angkut-angkut tu sebab selalunya kat kayu-kayu banyak la.

AHAD, 22hb Jan 2012 :
Bengkak mulai surut sedikit demi sedikit. Alhamdulillah... takpayah pergi hospital. Ubat-ubat tradisional kita boleh membantu sebenarnya. Leher sudah boleh gerak dan makan pun dah banyak sebab mulut dah leh buka besar..Yeye... :-)

Alhamdulillah..dengan izinMU Ya Allah, dugaan ini ku lalui dengan tenang. Dengan usaha ini, KAU makbulkan doaku dan sembuhkan beguk ku ni.

Biasanya begok ni terjadi pada kanak-kanak tapi dewasa pon leh kena macam saya. Begok tak berjangkit dan tiada pantang larang makanan bila kena. Cuma jangan minum ais batu.

Bila kena penyakit Beguk ini, selain ubat dari doktoR, boleh gunakan cara orang lama-lama iaitu caranya sapukan nila dan cuka pada tempat bengkak. Boleh juga sapu sarang angkut-angkut dan buatkan 7 biji terung rembang sebagai rantai dan pakai. Insyaallah, kita hanya berusaha dan berikhtiar, selebihnya kuasa Allah yang menentukan.


Nila


Cuka Makan (Jangan guna cuka getah ye tuan puan, mahu menggelupur kang..)


Terung Rembang


Rantai Terung Rembang sedia untuk dikalung dileher..hehehe

Saturday, January 7, 2012

Nak buat apa yer hari ini??

Good Morning..Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi ini.

Pagi-pagi ini buka laptop hadap blog. Tahun ini nak jadi blogger tegar...citt..macam la saya rajin sangat kan. Tapi takpe at least ada misi..jadi ke tak itu belakang kira..kikiki. :-)

Okay.. minggu ni rasa nak duduk umah jer. Sebab last week sabtu ahad kuar. Banyak keje-keje umah yang terbengkalai. Tapi semalam member kol ajak hang out together-gether. So cmner tu?? Postpone lagi niat nak bertapa sambil berexercise kat umah.hehehe..

Tapi pagi-pagi ini buka laptop tetiba teringat azam tahun lepas yang dah tertangguh sampai ke tahun ini. Apa dia tuh? Huahuahua..Godeh Laptop.. Benda senang je pun tapi disebabkan kemalasan yang melanda, leh pulak bawa sampai ke 2012. Apa dahhh cik Azah oi..Malas punya olang.. :p

So sebelum menunggu dijemput kawan-kawan terchenta, nak kemas kini isi kandungan dalam laptop ni. Banyak betol sarang-sarang kat dalam laptop ni yang ntah pe pe ntah, rajin pulak aku menyimpannya. Pastu gambar berdouble-double, bertriple triple..tula masa remove dari kamera, bantai masuk folder memana. Kan dah beranak pinak dalam laptop tu.

Maka dengan itu, pepagi ni nak isytihar *eh tol ke eja yer??..pelik tengok..ermm * Azam tahun ini nak manage file-file dalam laptop dengan cara paling berhemah dan paling sopan. Full stop.

Okay jom kita godeh laptop kita..buang pe yang tak perlu dan simpan apa yang penting-penting ajer.. Let's go!!..Selamat menghadap komputer !!


Friday, January 6, 2012

Welcome 2012

Selamat Tahun Baru!!!!!!

Rasanya belum terlambat nak ucapkan happy new year kepada semua. Alhamdulillah tahun 2011 banyak kenangan untuk diriku samada pahit mahupun manis.

Antara yang pahit paling diingati hingga ke saat ini ialah ketika xcident pada bulan julai dan ogos tahun lalu. Dan tentunya perihal for the 1st time..drive kereta..fuhh..:-) walaupun sudah 8 tahun lamanya memperoleh lesen. Oleh itu saya mesti berterima kasih banyak-banyak kepada abah yang selama ini menjadi pilot saya untuk ke mana-mana.


Apa pun resolusi kita pada tahun ini, saya percaya ia bukanla sesuatu yang mudah untuk dilakukan tetapi tidak mustahil untuk digapai asal kita tahu cara dan laluannya. Insyaallah.

Kepada semua...Semoga Tahun Baru ini akan menjadi tahun yang terbaik buat anda..Selamat Menempuh 359 hari yang seterusnya.