Saturday, November 28, 2009

EMOSI TERGANGGU


['..credit foto : i luv islam..TQ..']

Hari ini emosi aku banyak terganggu disebabkan program TV sempena hari raya ini. Bukan semua medium komunikasi ini memberi persepsi buruk kepada masyarakat, ternyata jika kena pada tempat dan cara maka program-program ini dapat menyampaikan mesej yang indah -indah kepada penonton.

TV9, Berkorban apa sahaja..kisah ibu tunggal..erm, sedihnya dan sepinya hidup kalau terpaksa besarkan anak-anak sendiri tanpa seorang insan bergelar suami. Tergalas tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak-anak. Hanya di harapkan supaya janganlah dipisahkan hubungan anak dan bapa atau anak dan ibu hanya kerana keegoan dan kelemahan diri sendiri.

TV3, Buletin Utama..Kisah tragis kematian 3 sahabat untuk pulang berhari raya. Pilu hati si ibu dan si ayah mendapat berita kematian anak tercinta di pagi raya. Tangisan si ibu yang menyediakan hidangan di pagi raya untuk menyambut orang tersayang. Tapi takdir Allah, tiada siapa yang tahu. Al- Fatihah buat semua, semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Semoga keluarga allahyarham dan allahyarhamah tabah menempuh dugaan berat ini.

TV3, Nur Kasih..Kesetiaan si isteri menunggu kepulangan suami. Meletakkan sepenuh cintanya dan berharap si suami akan segera pulang..Terlalu banyak yang di tempuh. Namun jika itu ketentuan Ilahi dan jika mereka telah tercipta bersama maka dugaan itu satu ujian. Akhirnya Nur bertemu Adam, cinta mereka utuh dan mekar kembali.

TV3, Taubat Nasuha..Kenangan silam si suami ketika kecil menghantui fikirannya. Maka anak-anak dan si isteri menjadi mangsa. Kehadiran anak-anak seharusnya disyukuri sebagai nikmat dan pintu rezeki namun apabila nafsu menguasai diri semua di depan mata menyesakkan dan dianggap beban. Lantaran apabila mereka dijemput Allah untuk selama-lamanya, maka saat dan ketika itu barulah dirasai kehadiran mereka. Namun sudah terlambat untuk dikesalkan kerana lumrah manusia sentiasa begitu,kita hanya menghargai sesuatu apabila kita kehilangan sesuatu itu.

Setiap dari kita sentiasa diuji dan Allah tidak akan menguji kita melebihi apa yang kita mampu.
Always remember we cannot change the things that beyond our controls..Maka kepada Allah kita berserah.

SALAM AIDILADHA.

Friday, November 27, 2009

Should I?

Salam Aidiladha kepada semua umat islam di dunia ini..

Mengapa selalu aku yang mengalah
Tak pernah kah kau berpikir
sedikit tentang hatiku
Mengapa ku yang harus selalu mengalah


Kalaulah aku tak mengalah, mesti bukan aku yang kena.
Kalaulah aku tak mengalah mesti aku masih di situ.
Kalaulah aku tak mengalah, takde la aku jadi mangsa.
Kalaulah aku tak mengalah, aku tak perlu susahkan diri sampai macam ini..




Monday, November 9, 2009

WALIMATUL URUS

Tut tut ...1 Message received..

Walimatul Urus.R--- & Keluatga menjemput saudari ke majlis perkahwinan anak perempuan kami Norza---- dan pasangannya Ha--- pada hari sabtu 14.11.09/26 zulkaedah1430 H di.......Kulai,Johor.

Terus aku tejaga dari mamai..menatap skrin ditelefon dan membacanya sekali lagi..betul ke ni? kawan aku nak kawin mggu depan.menggeletar tgn aku pgg handphone. Rasa tak percaya..berkali2 aku melihat mesej itu..Lantas aku membalas mesej tersebut, utk bertanyakan kepastian pada empunya badan. Manala tau dia tersalah taip , yelah dah kul 2 tiba2 ada walimatul urus pulak. Betul ke tak kawan aku ni..Aku bertanya..

betol ke ko nak kawin mggu depan. Aku bermimpi ke ni..Kenapa cepat sgt?..Betol ke? Aku tak caya la.

Aku menanti dengan penuh debar..tut tut..1 message received...

Betol la..nora bangun2..ko tak bermimpi.Aku nak kawin minggu depan..Jangan lupa datang ye..

Entah kenapa selepas menerima balasan itu, hati aku menjadi sayu, sebak di dada rasanya..sedih dan gembira..Gembira kerana kawan ku bakal menamatkan zaman gadisnya. Sedang menghitung hari agaknya. Sedih sebab tinggal la aku sorang saja yang belum berumahtangga.. Kami tinggal bersebelahan di asrama. Dia dan teman2 sebiliknya adalah antara kelompok sahabat terawal yang aku jalinkan persahabatan di Matrikulasi.Kami semua rapat walau adakalanya kami renggang akibat perkara remeh dan sikap kebudak-budakan ketika itu. Dengan berlangsungnya perkahwinannya sabtu ni maka kesemua jiran sebelah aku telah berumah tangga..

Dulu masa kami semua belasan tahun (18 thn, kat matrik perlis) kitaorang pernah gak sembang2 tentang sapa kawin dulu, sapa de anak dulu, nak cari suami macamn dan lain lagi pasal kawin2..Dan sekarang, semuanya dah jadi kenyataan dan bila dikenang balik..erm..hiba pulak sebab kami dah semakin jauh..


Melihatkan kebahagiaan yang mereka kecapi aku tertanya bila agaknya giliran aku? Insyaallah jodoh dan pertemuan sudah ditetapkan Allah..maka aku hambaNya hanya menurut saja pelayaran hidupku ini berteraskan usaha yang berterusan. Ternyata masa telah menghambat aku ke satu medan yang makin jauh dari zaman mudaku. Masa berlalu terlalu pantas dan dalam tidak sedar rupanya kami semua sudah dewasa dan selayaknya mempunyai jalan hidup dan laluan sendiri. Cuma bezanya jodoh mereka datang cepat dan tidak perlu tunggu lama. Sedangkan aku masih menanti adam yang bisa aku kongsi rasa dan jiwa ini.....

Aku mendoakan semoga sahabat - sahabat aku ini dapat menjalani fasa perubahan hidup yang aku pasti cukup indah untuk dilalui. Semoga kalian bahagia dan gembira bersama insan yg korang cintai dan sayangi.Tahniah atas perkahwinan anda.....Aku tumpang gembira!!!!!