Friday, April 30, 2010

Inspirational and Motivation

Its such an amazing thinking by warren buffet on his view about life. Semua orang ada peluang untuk mengubah kehidupan if they success to plan and it must start from now..













Sunday, April 25, 2010

LAPTOP KOPAK..~ngerrr~

Sudah enam tahun aku pakai laptop ni dan tak pernah terfikir pun nak beli yang lain. Sebabnya selagi boleh berfungsi dan aku still maintain keje aku, then its fine. Laptop ni memang dah banyak kali cedera dan dah banyak kali masuk workshop. Aku sayang gler dengan laptop nie..yela masa beli dulu, mahal, pakai duit sendiri lagi..so bila apa-apa terjadi kat my baby ni, sedey la gak. Yela dengan laptop ni la aku berFB, chatting, email, earn money and more..

Laptop ni terlalu banyak sentimental value pada aku. Laptop ni la aku usung ke sana ke mari untuk siapkan assignment dan tutorial. Laptop ni la aku guna untuk buat sistem projek dan run system. Laptop ni la aku guna utk presentation.Laptop ini juga aku guna untuk menghibur diri, pengganti tv dan radio...sangat berjasa laptop ini pada kehidupan aku.

Tapi pagi ni, tiba-tiba cik da ckp laptop dah nazak..Aku apa lagi pergila tengok..Ya rabbi, kopak!!..Huhuhu..ni msti kesan retak bulan lepas. Urm, so bila tengok balik laptop ni memang aku berserah jela. Habis penuh muka dia dengan selotip.Dah tak de seri dah.Buat masa sekarang masih boleh on and fungsi seperti biasa, cuma aku rasa macam menunggu hari je laptop ni nak campak ke sungai..huhuhu. Tengokla tu dah tak rupa laptop dah..siap pesanan maut lagi.."jgn tutup, jgn bawa keluar, KOPAK!!.

- ngerrr..kopak sudah. nila yang aku takutkan..nak kene beli baru ker?
Oh tidak.. -


- manusia bergantung pada oksigen untuk hidup, tapi laptop aku ni bergantung pada selotape untuk terus menabur bakti pada pemiliknya ni -

- hodohnya la laptop aku ni..sedeh jer, byk btol selotape -


- laptop oh laptop...jgn mati dulu!!..tggu aku kaya, aku cr penggantinya. -


LOVE SHOPPING!!!

Hari ini aku pergi temankan adik aku shopping kat JJ. Tapi entah macamana bukan dia yang beli barang, aku ni ha yang pokai..sakan sangat shopping. Nasib baik hari ni JJ tak ramai org, mungkin sebab tak gaji lagi kot. Aku tak suka shopping kalau ramai orang, rimas jadinya. Lagi satu time sale, aduish, rasa sesak nafas jer. Aku lebih suka beli time lengang, nak buat choice pun senang. Kalau ramai-ramai nanti takde saiz la, tak de yang cantik la, apa la..Dengan murah hatinya aku leburkan duit aku kat barang-barang ni..


- dulu aku tak suka pakai kasut jenis-jenis cmni, tapi skung dh jatuh cinta dgn kasut mcm ni sebab selesa pakai dan tak sakit kaki kalau banyak jalan..selesa sangat-sangat -

-new handbag..tak expect nak beli, tapi bila hati sudah suka, bedal je la -


- bekalan hingga hujung nyawa..botol air baru khas buat supplement baru. cik da sibuk cari botol air dia, aku pn sama gak..gatai tgn ni akhirnya beli..tapi aku suka dengan design dia, ringkas and cute -

I do love shopping...and once get that chance, pergh balun tak ingat..takpe yang penting puas and at least berbaloi-baloi...dah penat bekerja, when the time comes, trust me shopping can be a good therapy for relaxing mind and soul.:-)


Sunday, April 18, 2010

Cermin diri dulu

Hujung minggu mcm ni tak tahu nak tgk citer pe. Lepas habis debaran AF, tune in jap kat tv3. Ni nak komen sikit psl audition mentor kat tv3. Adui, sakit kepala aku tengok yg dtg audition tu. Pujian atas usaha mereka yang berusaha dtg demi mngejar cita-cita nak jd penyanyi. Tapi bila orang kata suara korang tak sedap dan tak leh nyanyi, terimala kenyataan tu. Kenapala sampai nak nangis-nangis mcm org hilang akal, pastu nak marah-marah. Kelakarla diaorang ni, memalukan diri sendiri je. Sakit telinga dgr korang menjerit. Tapi itulah manusia, setiap orang ada sifat dan karakter sendiri. Dalam nak mengejar impian yang kita kejar, kenalilah dulu potensi diri. Kalo 4 kali ujibakat direject, pergi audition program lain pn direject, so cepat2la sedar yang diri tu takde bakat dan cubala cr peluang lain. Banyak lagi kerja yang boleh dilakukan, tapi mungkin semua org nak jd artis sebab artis boleh hidup mewah, popular. Tapi kena la ingat dalam dunia ni semua kerja perlu usaha, takde usaha, takdela kerja yer. Bukan senang2 tergolek dok jer.

Siapa pun kita, apa pun perwatakan kita, bagaimana pun kita jalani hidup, yang pastinya semua orang mempunyai impian dan cita-cita. Sebab itu ada yang sanggup melakukan apa saje asal apa yang diingini tercapai. Ada yang sanggup berhabis beribu2 ringgit memberi suapan, menggadai maruah dan hidup atas penderitaan orang lain.

Biarlah kejayaan itu lambat dicapai tetapi jalan yang dipilih itu diredhai. Berusahalah sebaik2nya, okey??.

Potensi diri merupakan kemampuan, kekuatan, baik yang belum terwujud mahupun yang telah terwujud, yang dimiliki seseorang, tetapi belum sepenuhnya terlihat atau dipergunakan secara maksimum.

For sharing, aku kutip info bawah ni dr wikipedia. Jum tengok diri kita kategori ape..Menurut Howard Gardner, potensi yang terpenting adalah intelegensi, iaitu:

1. Intelegensi linguistik,
Intelegensi yang menggunakan dan mengolah kata-kata, baik lisan mahupun tulisan, secara efektif. Intelegensi ini antara lain dimiliki oleh para sastrawan, editor, dan journalist.
(p/s : ha ni mcm karam singh walia...pandai dia berperibahasa )

2. Intelegensi matematis-logis
Kemampuan yang lebih berkaitan dengan penggunaan bilangan pada kepekaan pola logika dan perhitungan.
(p/s: aku takde potensi nie sebab aku tak pandai bab kira-kira ni , kena guna kalkulator br jalan. nama je budak account, tapi sifir pun aku tak hafal)

3. Intelegensi ruang
Kemampuan yang berkenaan dengan kepekaan mengenal bentuk dan benda secara tepat serta kemampuan menangkap dunia visual secara cepat. Kemampuan ini biasanya dimiliki oleh para arkitek

4. Intelegensi kinestetik-badani
Kemampuan menggunakan gerak tubuh untuk mengekspresikan gagasan dan perasaan. Kemampuan ini dimiliki oleh aktor, penari, atlet dan ahli bedah.

5. Intelegensi muzikal
Kemampuan untuk mengembangkan, mengekspresikan dan menikmati bentuk-bentuk muzik dan suara. Kemampuan ini terdapat pada pencipta lagu dan penyanyi.
p/s : yang dtg audition mentor kat tv td, yang marah2, nanges sebab tak leh nyanyi, mst diaorang takde intelegensi muzikal kot)

6. Intelegensi interpersonal
Kemampuan seseorang untuk mengerti dan menjadi peka terhadap perasaan, motivasi seperti yang dimiliki oleh seserang motivator dan fasilitator.

7. Intelegensi intrapersonal
Kemampuan seseorang dalam mengenali dirinya sendiri. Kemampuan ini berkaitan dengan kemampuan berefleksi(merenung) dan keseimbangan diri.

8. Intelegensi naturalis
Kemampuan seseorang untuk mengenal alam, flora dan fauna dengan baik.

9. Intelegensi eksistensia
Kemampuan seseorang peka menjawab persoalan-persoalan tentang keberadaan manusia, seperti apa makna hidup, mengapa manusia harus diciptakan dan mengapa kita hidup dan akhirnya mati.



Friday, April 16, 2010

Teka Teki

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali : " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali :
Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali :
Semua jawapan itu benar.
T
etapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali :
Semua jawapan itu benar,
Tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia "

Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = "
Semua itu benar,
Tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali =
Semua jawapan kamu itu benar,,
Tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali =
Itu benar,
Tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "

Thursday, April 15, 2010

Orang tamak selalu rugi

Semalam dan hari ini aku ada training dekat amcorp mall. Selama 2 hari ni dapatla voucher lunch. Aku nak citer pasal lunch aku yang tak seindah disangka disebabkan kesengalan aku memilih menu.

Semalam dapat voucher RM 10 mkn lunch kat restoran portugis. Tengok menu list, aku pn order Rice with chicken lemon..Aku igtkan ayam tu yang lemon, rupanya kuahnye lemon..Erk..loya tekak aku ni menelan kuah lemon. Tak makan pun, sebab tak boleh telan. Akhirnya atas belas ihsan opismate aku, diaorg pn bagi sikit nasi diaorg kat aku.Dapatla mengisi perut ni. Aku telah mensia-siakan mkn free,hurm ruginye..:-(


Hari ini pulak dapat voucher McD RM 10, tapi tengahari tu McD ramai orang. So memandangkan voucher tu valid smpi bulan june and malas nak beratur panjang, aku and opismate aku decide nak lunch kat secret recipe.

Masa tu aku memang dah terbayang nak makan kek..Aku memang dah lama mengidam chocolate fudge, so aku pun dengan bangganya order kek ni dengan ice lemon tea..lepas tu selak2 menu list tu rasa mcm tak cukup pulak kek tu.
So aku pn order yang ringan2, aku amik set kanak2, kids and fish. Masa time ni tak nengok la pulak regenye.
Kek tu sedap la..tapi kids and fish ni tak sedapla..tak rasa pepe pun.Tp aku pn satu ,memangla tak rasa pepe sebab mknn kanak2.
Tup tup tup:

Choc fudge : 6.50 Ice lemon tea: 5.00 Kid meal : 11.50 Tax:1.00
Total lunch hari ini: RM 24.00

Ya rabbi..lunch untuk aku sorang? terkejut jap..tula salah aku yang tak tgk harga, pastu bedal order..Tamak sgt nak mkn semua..kan dah..ish, kek tak habis, kids meal pn tak abis..duit aku tetap lolos..membazir betol..

Orang tamak selalu rugi..akula yang tamak, kan dah rugi..bukan sekali tapi dua kali..ish2x.

Sunday, April 4, 2010

BAHAGIANYA HATI

Mungkin Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah
kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita
tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali!

Jangan harapkan cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa
seminit untuk jatuh hati pada seseorang
,
satu jam untuk
menyukai seseorang,
s
atu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram.
Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda
teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi
anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda
inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan
dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam
kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia
mungkin menyakitkan orang lain juga.


Kebahagiaan seseorang manusia tidak
semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat
yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup
mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis.

Semangat yang hilang :-(


(credit to iluvislam.com)

Assalamualaikum..hye..its been almost a month for me not updating this blog, kind of busy recently..
Actually i failed to manage time and find even a single minute to wrote down something here. How bad i am?..fuhh..ok..i try to summarize the reasons why sy mengabaikan blog ini:

1) Going for holiday-off to pangkor with ma familia..

2) Prepare my self for KPLI test..result? sy cuba menjawab sebaik mungkin tapi secara jujurnya, sy tak meletakkan harapan selesai sahaja exam itu..kenapa? sebab sy tidak menjawab dengan bersungguh2..huhu..dan sy tak boleh berfikir dengan kreatif dan kreatis within the timeline given-30 minutes..huh.membuktikan betapa otak sy dah berkarat.

3) Busy of seeking the good opportunity to develop my career..cuba mencari haluan dan berfikir masa hadapan apatah lagi dengan tanggungjawab baru ni..mencari keselesaan hidup..masih berusaha memilih jalan yang sesuai..doakan sy berjaya, membuat keputusan yang tepat untuk masa hadapan saya.

4) Mengexplore blog2 dan template yg baru sebab sy makin tak bersemangat tgk blog sy ni..i am getting bored with the layouts so nak cr yang len to cheer up my mood.

5) Sebenarnya saya sangat bermalas2 malasan untuk mengupdate...mana mood sy hilang?er..pls kembalikan pada ku, ya allah...