Monday, October 18, 2010

Apa yang akan berlaku esok?

Esok nak masuk keje...argh..malasnyer.Mesti ke mengadap muka dia? Perlu ke terserempak dengan dia? Patut ke menjawab pertanyaan dia?. Kalau tak nak jumpa, tak nak cakap dengan dia boleh ker?..Memangla boleh, jawapannya berhenti Kerja..Cari Kerja Lain.

Aku dapat agak, esok mesti pagi-pagi buta, nampak jer aku, belum sempat aku letak bag dalam laci, dia dengan kuatnya bersuara " Azah u free ke? " Argh, mst nak tunjuk sistem baru la tu.

Entah kenapa sejak peristiwa jumaat lepas, membuak-buak rasa tak suka kat dia. Kenapa la dia tak hargai langsung pekerja dia ni. Cakap pandai la suruh turunkan aging berjuta-juta ringgit, tapi cara dan penyelesaian tak nak bagi suggestion langsung. Aku tak kisah kalau dia tak nak tolong sebab dia nak kitaorang fikir out of box, tapi sakit hati sangat sebab dia tak nak tolong sebab dia sendiri tak tau mcmn nak selesaikan. Tapi cakap depan orang len macam hebat sangat. Arghhh...stressnyer..siggghh~~


Sunday, October 17, 2010

DRIVING SCHOOL :-)

Hari ini, kelas memandu aku sesi baru. Aku berjaya pusing-pusing di kawasan yang baru. Alhamdulillah, bertambah yakin aku memandu. Mungkin sebab abah tak berapa sihat, maka aku tidak ada pilihan melainkan memandu supaya abah boleh rehat kat sebelah. Seronoknya rasa, perasaan takut dan gementar dah hilang sikit-sikit. Kena praktis selalu, Insyaallah aku mesti mampu seperti orang lain. Doakan agar keyakinan ini akan sentiasa bersama aku.Ameen.

- me..kusyuk :-)...-

Entah kenapa perasaan gementar ni selalu wujud.Sampaikan aku beli kereta sejak 8 bulan yang lalu hanya 6-7 kali jer aku bawa. Itu pun tak sampai sejam. Ada kawan-kawan yang sakat, beli kereta simpan buat ape..bayar bulan-bulan , tapi diri sendiri tak pakai..tak sayang duit ke, bulan-bulan keluar..dan macam-macam lagi. Waima nya, aku tak rasa apa-apa pun sebab kereta tu abah yang guna. Untuk kemudahan abah dengan mak, sebab sejak anak-anak besar ni, mereka berdua ni asyik ngedate je. Tapi tak pe la, bak kata abah, tak payah gopoh-gopoh. Perlahan-lahan, nanti lama-lama pandai la bawak.

- my cayang..is sitting properly in my car -

Yela kalu pandai drive senang sangat. Aku nak pergi mana-mana tak payah susahkan sesiapa lagi, Kalau aku nak beli barang, tak payah tunggu hujung minggu. Sebab tu aku nak sangat boleh drive, supaya aku boleh uruskan sendiri hal aku. Insyaallah. Aku masih sabar dan menanti bilakah agaknya aku boleh memandu sendiri tanpa sokongan sesiapa sebagai co-driver. Mudah-mudahan impian ini tercapai sebelum melangkah tahun 2011. Ameen.




Saturday, October 16, 2010

What a day!!!

Salam..alhamdulillah finally aku berjaya mengubah blog aku. Sudah bosan dengan style sebelum ni, suram je, so aku menggunakan kesempatan bercuti di hari Jumaat yang indah ini untuk menerjah blog aku ini. Erm, hari ni aku on leave sampai monday and will back to work on tuesday. Hari khamis semalam aku tersangat stress dengan bos aku. Entah kenapa rasa sakit hati membuak-buak. Macam biasa setiap quarter akan ada perjumpaan dengan manager personally. Supposedly on Friday but due to my absence, date has been changed. Okla fine, aku tak kisah sangat even though rasa takut jugak sebab manusia sorang ni memang suka underestimate orang lain. Bab ni memang aku tak boleh tahan. However due to commitment and responsibility to the account i care and liase, aku redah jer. Walaupun aku rasa its so difficult to clear all outstanding and old entries. All this while, aku tak mengharapkan pujian pun dari bos aku ni, but at least please treat people as what you like to be treated. That's it. I do respect manusia ni, but i can't bear with his keangkuhan. He pretend like he knows everything even though he should still learning. But biasalah kan manusia, semakin besar jawatan dia, semakin bongkak dan selalu menganggap diri tu betul. From beginning on discussion i can feel that he try to find my fault on every single way. Dia sedar tak betapa semua manusia kat opis tu except bangsa dia, teramat sakit hati and doesnt like his style of work. We have many vacancies at our department but can't he see why others internal not even try to apply. He's not such a good manager who helps others in development career. Discussion take 1 and half hour instead of 1 hour. Membuang masa dengan berselisih pendapat.. and i can see his face shocking when i argue all his words. At some point aku rasa lelah sangat nak berbalah sebab aku dah sebak, tapi alhamdulillah aku berjaya bertahan and diberi kekuatan dalam bilik meeting itu. Aku rasa puas sangat walaupun at then end he gave lower grade to my assesment. Actually he should know yang Aku tak makan dek puji dan aku tak hina dek keji.


Ya Allah Engkau Kuatkan semangat dan jiwa aku untuk terus bertahan di situ,
Engkau permudahkan urusanku and rahmatilah rezeki aku di situ.
Inilah dugaan Mu, dan aku percaya tidak Engkau menurunkan musibah melebihi apa yang mampu aku lakukan..Alhamdulillah..Amin.