Monday, March 16, 2009

MEE MAGGIE..MAGGIE MEE..HO-LIAU!

Petang-petang mcm ni tiba-tiba teringat zaman masa belajar kat Universiti dulu.Selalunya masa ni, aku dan kawan-kawan akan bersiap-siap untuk pergi beli makanan kat cafe.

Dan aku akan mula berfikir nak makan pe yek ptg ni?..Semalam dah makan nasi..hari ni nak dietla makan kuew teow..Macam tu la selalunya.Tapi diet ke ape..tgh mlm je supper.
Cari makanan dan yang jadi mangsa nanti ialah MAGGIE.Urm, sedap tol time tu bile makan maggie walaupun takde bahan-bahan lain dan hanya direndam dengan air panas dan bukannya di masak, tapi tetap menyelerakan.Lagi pulak makan ramai-ramai.Nyummy2..Biasalah student life..maggie mana blh dipisahkan.

Maggie la makanan mesti ada dalam senarai sebab selalu digunakan bila time2 terdesak macam nak cut cost, budget lari, kejar masa sebab tak sempat, malas turun kafe, sarapan (terutama time X-am), diet(KONON..) dan SUPPER tgh pagi (stay up wat assignment).

Kadang-kadang bukan nak mkn sangat pun, tapi tangan ni kalau g KO-OP, mesti capai maggie..maggie KARI, mee GORENG sedap, mee CINTAN, maggie ASAM LAKSA, BIHUN segera..masa time ni, kalo cuba maggie yang baru mst suggest kat kengkawan.."wei, mee goreng S**** ni sedap..beli la".."ala, aku dah cuba mee C***** ni, tak best sgt rasanya, tawar"..dan mcm2 lagi..

Time ni semua jadi food taster untuk maggie.Laku g-ler maggie kat KO-OP PERWAJA.Lebih-lebih lagi time bulan posa, tengahari je stok maggie dah bis (ROTI pun sama gak..HUHU)..laku bangat!!

Walaupun maggie ni tak elok dimakan sebab banyak pengawet, mee maggie tetap jadi pilihan aku masa dolu2. Skung bila duk umah, dah tak makan sangat, jarang la..ye la ada makanan yang lebih sedap(MOM'S COOK),maggie dah tak perlu. Tapi aku takkan lupa maggie memberi tenaga untuk aku hidup terutama time bulan posa,sebab sahur maggie..

Terima Kasih Maggie..^^ MEe mAggIee cEpAt diMaSak, SedAp DiMasAk!!^^

No comments:

Post a Comment