Wednesday, October 7, 2009

FASA KEHIDUPAN

SALAM..takda kerja nak kerja, dah dapat kerja?..adui,nah amik dush!!! Ada benda yang bila dperbaiki sebenarnya bukan bertambah baik dan menyenangkan tapi menyusahkan. Dan ada benda juga yang seringkali kita sangka susah sebenarnya alahai senang je. Keadaan aku sekarang yang mana satu? Bertambah baik ke bertambah gedebush..Erm..Azah!!! Lu pikirla sendiri!!! Baru hari ini aku dapat bernafas setelah melalui 3 hari yang amat getir. Dulu semasa belajar aku sering terfikir untuk bekerja tapi bila dah kerja aku rasa belajar lagi seronok. Tapi setelah melalui kedua-dua proses ini, aku mengakui yang kedua-duanya mempunyai fasa perasaan yang berlainan.

Kadang-kadang sering aku rasa ish kenapala bengap sangat aku ni nak faham proses kewangan kat tempat kerja ni. Masa mula- mula memang seronok la sebab belajar benda baru, tapi bila dah lama-lama ni, aku rasa stress sangat. Salah satunya sebabnya aku tak tahu pepe langsung.Yela aku belajar akaun tapi kat sini ape yang aku belajar langsung takda kene mengena. Jenis-jenis akaun yang memeningkan aku. Sedih jugak sebab ilmu aku ada ni tak diaplikasi langsung untuk keje aku buat ni. Sampai aku terfikir ish tak masuk universiti pun tak pe.

Aku akan rasa stress bila aku tak tahu perjalanan kerja tu dari mula dan paling tak suka lagi kalo mula keje kat tgh2...arh...tensionnye..Hari isnin aku balik kul 1.00 pagi so semalam aku ingat leh la balik awal and closing awal.Tapi pagi tu ada masalah pulak, tiba-tiba kod marketing berubah.Ish, apa lagi geram giler store team aku . Yela balancing pun tak buat lagi, store pun tak close lagi, banyak benda nak kena hadap. Dahla semalam aku kena marah dengan adik aku sebab dia tunggu 1 jam dari kul 11.00 malam. Ye la aku suh dia amik kul 11.00 sebab masa tu aku igt dah leh balance tapi tiba2 pulak GL tak upload lagi. So kesannya interface pun tak leh wat. So kena la tggu sampai kul 12.00 pagi tapi still takde pe2 pn movemovet. Nak tak nak aku kena la balik gak sebab adik aku dah tggu. Kesian senior aku, dia stay masa kami balik tuh. Dia kena tggu sampai interface. So balik tuh aku pn tgh moddy sebab kene marah dgn adik aku, aku tak tgk handset sbb rasa nak tdo dan layan perasaan jap. Pagi2 tu rupanya senior aku kol bnyk kali aku tak sedar. Aku punya akaun tak balance!!!! Terima kasih dan sorry sebab azah btol2 lupa pasal re-class tuh.

Tula bila semua nya nak wat last minit, maka hasilnya pun macam last minit. Mula la aku terkapai-kapai nak settlekan mana satu. Aku ni dah lah lembap sikit kat tempat baru ni..Arh benci aku dengan kelembapan aku ini.Sebab aku telah menyusahkan orang lain. Dan pada saat ini mula2 aku beremosi sedikit.

Walaupun semua ini bukanlah terlalu perit untuk dihadapi tetapi pengajarannya amat berguna. Sepanjang tempoh itu aku belajar mengenali kelebihan dan kekurangan diri. Dan aku mula mencongak masa depan aku di fasa yang berlainan. Biarla masa yang menentukan dan aku mengikut saja gerak hati dan langkah kanan yang sentiasa menghayun disusuri langkah kiri yang menyokong. Setiap yang berlaku ini adalah satu proses perubahan yang sama ada aku suka atau tidak aku mesti menghadapinya. Semoga aku diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi semua ini.

"Kesusahan hidup bukanlah hukuman sebaliknya ia adalah ujian untuk mendapatkan yang terbaik "


No comments:

Post a Comment