Saturday, November 28, 2009

EMOSI TERGANGGU


['..credit foto : i luv islam..TQ..']

Hari ini emosi aku banyak terganggu disebabkan program TV sempena hari raya ini. Bukan semua medium komunikasi ini memberi persepsi buruk kepada masyarakat, ternyata jika kena pada tempat dan cara maka program-program ini dapat menyampaikan mesej yang indah -indah kepada penonton.

TV9, Berkorban apa sahaja..kisah ibu tunggal..erm, sedihnya dan sepinya hidup kalau terpaksa besarkan anak-anak sendiri tanpa seorang insan bergelar suami. Tergalas tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak-anak. Hanya di harapkan supaya janganlah dipisahkan hubungan anak dan bapa atau anak dan ibu hanya kerana keegoan dan kelemahan diri sendiri.

TV3, Buletin Utama..Kisah tragis kematian 3 sahabat untuk pulang berhari raya. Pilu hati si ibu dan si ayah mendapat berita kematian anak tercinta di pagi raya. Tangisan si ibu yang menyediakan hidangan di pagi raya untuk menyambut orang tersayang. Tapi takdir Allah, tiada siapa yang tahu. Al- Fatihah buat semua, semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Semoga keluarga allahyarham dan allahyarhamah tabah menempuh dugaan berat ini.

TV3, Nur Kasih..Kesetiaan si isteri menunggu kepulangan suami. Meletakkan sepenuh cintanya dan berharap si suami akan segera pulang..Terlalu banyak yang di tempuh. Namun jika itu ketentuan Ilahi dan jika mereka telah tercipta bersama maka dugaan itu satu ujian. Akhirnya Nur bertemu Adam, cinta mereka utuh dan mekar kembali.

TV3, Taubat Nasuha..Kenangan silam si suami ketika kecil menghantui fikirannya. Maka anak-anak dan si isteri menjadi mangsa. Kehadiran anak-anak seharusnya disyukuri sebagai nikmat dan pintu rezeki namun apabila nafsu menguasai diri semua di depan mata menyesakkan dan dianggap beban. Lantaran apabila mereka dijemput Allah untuk selama-lamanya, maka saat dan ketika itu barulah dirasai kehadiran mereka. Namun sudah terlambat untuk dikesalkan kerana lumrah manusia sentiasa begitu,kita hanya menghargai sesuatu apabila kita kehilangan sesuatu itu.

Setiap dari kita sentiasa diuji dan Allah tidak akan menguji kita melebihi apa yang kita mampu.
Always remember we cannot change the things that beyond our controls..Maka kepada Allah kita berserah.

SALAM AIDILADHA.

No comments:

Post a Comment