Friday, February 5, 2010

SETAHUN BERLALU..HANYA TINGGAL KENANGAN

Setahun sudah berlalu...30 hbJanuari 2009,

Pagi jumaat tu hening sgt. Seperti biasa aku bangun awal pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Malasnya rasa hati, nak kejar tren, berhimpit-himpit..erm..lecehnya. Tapi hidup perlu diteruskan, rasa semangat sikit pagi tu, sebab akhirnya aku berjaya melepaskan diri dari 'kesengsaraan' hiruk pikuk ibu kota. 8 bulan menyibukkan diri bekerja di Kuala Lumpur, lega rasa hati sebab hari ni hari last aku keje. Seawal pukul 6 aku sudah keluar rumah, sebab aku perlu naik tren pukul 6.25 pagi, kalo tak alamatnya bersesak-sesakla. Pagi tu seperti biasa abah yang hantar. Pagi tu aku rasa tak sedap hati, rasa sayu je.Aku bermonolog sendiri " mungkin last day keje kot." tapi hakikatnya aku tak rasa sedey pn nak tinggalkan opis tu. Knp ni rasa mcm nak nangis. Tiba-tiba masa dalam tren, tgh layan perasaan tu, terigt kat wan. Semalam wan sakit teruk, abah kata dah lain macam. Aku tak sempat lagi nak melawat wan, aku pnt keje kononnya. Dalam hati " sok nak g tgk wan la, dh tak keje, mst tak penat"..aku mengomel sendiri.

Dalam ptg tu, abah bagi mesej ckp abah halfday, ateh kol, ckp wan sakit tenat. Abah suh doakan wan. Abah tak suh aku balik pun, maybe wan ok lagi agaknya. Memandangkan itu hari terakhir aku, tak banyak la keje yg aku buat. Pot pet pot pet je la..jalan sana-sini, kacau org, tinggalkan wasiat dan pesanan2..hahaha..aku happy je. Lagi sejam tu nak balik tu, lepas balik dr toilet, aku tgk kat atas meja ada bungkusan. Aku pelik bin hairan. Lantas kad dan bungkusan tu aku buka. Hehehe..ucapan utk aku..hadiah pn ada..Bestnya. Jiwa aku dah gelora dah, sedey plak tiba2 tapi airmata ni liat sgt nak kuar. Bergenang je lebih, tapi tak jatuh mencurah pn. Sayang pulak diaorg kat aku.sob!sob!sob!.

Ptg tu balik, dah dekat stesen batu tiga aku mesej adek nor, soh sape2 dtg jmput. Jam masa tu kul 6.40 ptg. Sampai di stesen shah alam, aku tak nmpk pn kelibat sapa2. aku mesej dek nor , dia kata Abg Epul dah kuar amik aku dr td. Erm, tak nmpk Abg Epul pn..Aku mesej, call dia banyak kali, tapi tak berangkat pn. " Manala pulak dia ni, dah maghrib ni"..aku mengomel lagi. Dalam kol 7.40, sejam lepas tu, dia pun muncul,"Pergi mana lama sgt?" Abg epul dengan wajah tersengih2 dia, "Pergi kejar peragut"..baik hatinya abang aku ni..rajin btol g kejar peragut. Aku pulak yang terpacak nak dekat sejam ni, rasa longgar je kaki ni. Takpe la memandangkan Abg epul lambat sebab tolong orang, aku pn senyum je la. Tak jadi nak marah2.

Masa smpi umah tu, abg epul ckp
" Jap g nak g umah wan.." Aku lantas menjawab" ok, nak ikut gak". Lepas solat, mandi dan makan tu aku leh duduk relax2 tgk TV lagi. Pastu kene mrh dgn Abg epul " Ko nak ikut tak?, kalo nak ikut napa tak siap lagi?,Abg epul nak cepat ni, nak tgk wan "..Aku pn bangun, cr baju kurung, nak gosok la kononya..pastu kena marah lagi " Ala tak payah la nak gosok, bukan nak g mana pn "..Abg epul marah lagi. Masa tu tgh azan isyak, baru line pertama, Allahuakbar, Allahuakbar...Entah tak semene2 aku terus menangis, Air mata ni laju je. Sedey la konon kena marah..Tapi ikutkan tak de pepun. Entah kenapa, sedu sedan aku nangis. Teresak-esak..Aku pn kononnya merajuk, cakap kat Abg epul " Takpela, kita tak nak pergi, kita lawat wan esok je ".

Aku masih terus menangis, tak jadi pergi. Masa time ni Azan isyak baru je habis berkumandang.. Masa Abg Epul start enjin kereta nak pergi, tiba2 telefon rumah berbunyi....
"Wan dah takde, baru td lepas isyak "..Abah menangis. Ha? Aku terpaku sekejap..Ya Allah, aku tak sempat nak jmpa wan.Allahuakbar, wan dah takde..Aku terus menangis, mengenangkan segala kaitan peristiwa yang berlaku kepada aku sejak pagi tadi. Masa perjalanan ke rumah wan, aku br perasan yang sebenarnya aku sudah diberi petunjuk akan kehilangan wan sedari pagi, tapi aku yang jahil ni, blh tak perasan..Dan tangisan aku ketika azan isyak itu adalah petunjuk dari Allah, bahawa saat dan ketika itu Malaikat sedang menjalankan tugasnya mencabut nyawa wanku, allahuakbar..besarnya kuasaMu.

Sampai di rumah wan, aku terus menuju kebilik wan. Terbujur kaku tubuhnya, aku menangis lagi. Wan, napa tak tunggu kita..Kita nak peluk cium, minta maaf dgn wan. Wan jaga kita dari kecik, wan ajar kita kenal Alif Ba Ta smpai kita khatam Quran. (Wan juga mengajar anak- anak jiran mengaji )..Wan, kita sayang wan...Masa tgh duduk merapati wan, Cik Ani (adik abah yg bongsu) suruh aku lap wajah wan. Bersihkan dengan tisu basah. Ya Allah, tak terluah rasanya hiba hati ini. Aku usap wajah wan, aku elus rambutnya, aku lapkan wajahnya yang kaku itu. Ya Allah, tenangnya nenek aku ini. Menggigil aku lapkan wajah dan badan wan sebab aku terlalu sedih. Aku cium dahinya..sejuk..wan..

Selepas dibersihkan, wan diangkat oleh cucu-cucunya ke ruang tamu. Kami semua berkumpul, membacakan surah yassin dan doa dan rumah wan tidak putus-putus dkunjungi sanak saudara dekat dan jauh.

31 Januari, 2009

Wan selamat dimandikan dan dikafankan jam 9.30 pagi. Cucu-cucu dan anak menantu diberi kesempatan untuk mengucup wan buat kali terakhir. Aku juga berpeluang melakukannya. Masa nak cium tu aku tak dapat membendung kesedihan ini, dan mak sempat tegur " Nora, lap airmata kamu dulu, tak elok"..ok, aku lantas mebersihkan wajahku dan terus mengucup dahi nenekku, wan yang tercinta. Akhirnya jam 11 pagi, wan telah selamat dikebumikan dan bersemadilah wan di alam yang lain. Menunggu dibangkitkan pada hari kiamat..Wan, kita teramat rindu kan wan, sebulan yang pertama, setiap detik dan waktu, wan sentiasa diingatan, Rasa tak percaya wan telah pergi meninggalkan kita buat selamanya. Malahan tidak terjangkau dek akal fikiran kami semua yang Allah akan mengambil wan secepat ini. Mungkin benar kata Ayong (Pak Longku ), " wan tak nak susahkan anak dan cucu-cucu dia ".Namun setelah setahun berlalu, aku sudah redha dan pasrah akan ketentuan ini, walaupn rasa ralat masih berbekam dalam hati kerana tidak sempat berada di sisi wan, masa menghembuskan nafas terakhir dan melengahkan waktu nak jumpa wan.

Kami mendokan kesejahteraan wan di "sana", mudah2 mudahan wan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan di jauhi seksaan. Sesungguhnya janji Allah itu pasti, dan kehilangan wan adalah suatu "wake up call" dan peringatan buat kami semua yang masih hidup. Aku mempelajari sesuatu dari peristiwa ini, agar sentiasa menghargai orang yang ada di sekeliling kita terutamanya orang yang tersayang kerana kita tidak tahu berapa lama lagi mereka berada di sisi kita. Meluangkan masa dan menghargai mereka tidak menuntut keringat dan kudrat tenaga tetapi ianya simbolik kasih sayang sesama makhluk tuhan.Saat kita berjumpa nnt, nenekku, Maimunah Shariff, damailah wan di sana... AL-FATIHAH..




Bila Malaikat menyabut nyawa, Baginda Rasulullah S.A.W Bersabda ,


Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.


Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.


Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.


Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.


WASSALAM..




No comments:

Post a Comment