Monday, March 9, 2009

AKU?..BILA LAGI AGAKNYA?

Hari ni,mcm yg aku ckp semalam,ada 3 kenduri yang aku pergi dengan abah, emak dan dik nor.Mula-mula kenduri kat kawasan rumah aku ni, so aku mkn sikit je la coz dah space utk 2 rumah lagi..pastu aku g rumah sahabat baikku, itupn dah pkl 2.00 ptg.Masa aku sampai dia dah bersanding dan orang tengah sesak2 nak jumpa dia.Biasala pengantin, org dtg kenduri mestila nak tgk dia.So aku ni tggu gak kalo2 ada chance aku jmpa dia..tapi alahai yg ado..dia g tukar baju plak untuk acara memotong kek.Meriah sungguh.Disebabkan aku ada lagi 1 rumah nak g, dan rumah ni jauh kat klang, so aku pn rush la..terus salam mak pengantin dan balik.Tak dapatla aku g jumpa sahabat baik aku ni.Sedey gak..

Tapi masa tgh makan td, bila tgk dia tgh makan beradab, tba2 teringat plak zaman dulu2 ngn dia..zaman sekolah.Sama2 g sekolah, susah senang..Rasa sekejap je masa berlalu, dan dia pn dah berumahtangga..dan aku ni..terus disini menanti putera idaman yg tak kunjung tiba..Belum sampai jodoh agaknya.

Masa aku g rumah sahabat aku di klang ni..wah dah 14 tahun tak jmpa.Tapi ambil ms sejam sesat nak cr umah dia..first time g.Smpi umah dia pn dah kul 3.45..dah nak tutup kedai dah..Hehehe.Tapi at least sampai dan yang paling pnting..MAKANAN ..ada lagi.

Melihat kebanyakan rakan2 ku mendirikan rumahtangga, terdetik jua dalam hati..aku ni bila la agaknya.Tapi aku percaya janji Allah,bahawa setiap dari kita di muka bumi ini dijadikan berpasang-pasangan..Dan kelahiran ku di dunia ini pun tercipta dari tulang rusuk seorang lelaki yang ditakdirkan untuk ku,sebagai khalifah keluarga.Siapa agaknya..?...erm..

No comments:

Post a Comment