Friday, March 13, 2009

SELAMAT HARI ULANG TAHUN SAYANG

[♥ SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-30 ♥]

Hari ni 13 March, 30 tahun yang lalu iaitu 1979..ikatan yang sah telah terjalin antara dua insan yang berbeza negeri. Seorang dari perak dan seorang lagi dari johor.Ikatan yang membawa kepada sebuah cinta yang suci dan termeterai janji setia dan sehidup semati antara mereka..Dan 30 tahun yang lalu, susah payah diharungi bersama.Itulah mak dan abahku yang paling dikasihi dan dicintai.

Pada tarikh ini juga, cuma tahun yang berbeza iaitu 8 tahun kemudian, lahirla putera yang ketiga dalam keluarga kami, iaitu adikku.Hadiah perkahwinan untuk mak dan abah.Dan hari ini di usia yang semakin meningkat, bersama 5 orang cahayamata dan seorang cucu yang baru berusia 3 bulan, doa ku agar mak dan abah dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang, kebahagiaan di
dunia dan akhirat..lapang dada..dan senyum selalu..jgn susah hati fikir pasal kami semua..SAYANG MAK , SAYANG ABAH..


Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuh kau bisikkan dan hapus semua sesalku

  • Mak dan abah begitu indah..kasih sayang mu..didikan mu..menjadikan mak abah dekat selalu.
  • Kemana sahaja aku pergi, mak dan abah sentiasa di hati..menjadi sumber inspirasi..Tak dapat kubayangkan hidup ini, tanpa cinta mak dan abah.
  • Takkan ku bisa mengayun langkah ini , takkan kuat diri ini tanpa mak dan abah di sisi.
  • Mak dan abah adalah jantungku..darahku..melengkapi hidupku dengan segenap rasa dan kasih yang tinggi nilainya, dan mulia darjatnya.
  • Mak dan abah..begitu SEMPURNA..dimataku, dihatiku, dijiwaku..segala-galanya, menjadikan aku jua begitu.

No comments:

Post a Comment