Monday, December 27, 2010

Nasi Ayam

* sempat tangkap gambar guna kamera canggih *

* tgh syok sendiri tangkap gambar baru sedar, nasi dengan sup takde *

* kamera jd tak canggih sebab bateri habis, so guna handphone jer *


Semenjak aku mencuba nasi ayam yang dimasak my BFF yani, terdetik di hati, kalaulah aku pandai masak macam dia...erm. Jadi aku mengambil kesempatan cuti ganti krismas hari ni sebagai cabaran memasak di dapur.Pagi-pagi lagi mak dengan abah dah keluar pergi tesco kemudian mengurut terapi. Apa lagi,aku mulakan cabaran masterchef..konon2 macam whitney, juara masterchef US tu. Sebelum itu takut gak kalau tak menjadi sebab sebenarnya aku tak pernah masak makanan berat-berat macam ni. Paling berat pun ayam masak hijau(cili padi). Itu pun simple-simple jer. Akhirnya seawal jam 9.00 aku dah ke dapur, membasuh ayam dan menyediakan bahan-bahan untuk menu aku hari ini. Kul 12.30 mak and abah sampai umah, masa tu semua dah get ready, tinggal nak cedok nasi. Tepat 1.2.45 tghr siap sudah menu aku complete dengan teh o ais untuk hidangan lunch .Adush!!! terasa berdebar pulak nak dengar komen dari keluargaku, alhamdulillah respon diterima cukup menggalakkan. Cubaan pertama ku berjaya!!!.. Sepanjang masak tu aku selawat, baca bismillah, nak tumis nak rebus, nak masak nasi...semuanya aku jampi2 dulu dengan bismillah. Yelah takut sihh!!!. Akhirnya aku rasa puas sangat hari ni. Ahad semalam mula google cari resepi..macam-macam yang aku jumpa. Sampai pening kepala nak ikut yang mana satu. So akhirnya aku ubah sikit-sikit ikut citarasa famili aku, inilah ramuannya....Senyum :-)

Rebus ayam :
Bahan :
Ayam 2 ekor
Bawang Putih : 3 ulas
Halia : 3 inci
Kiub Maggi : 2 kiub

Cara :
Bawang putih dan halia dititik. Masukkan dalm periuk bersama-sama air dan ayam yang telah dipotong. Biarkan sehingga mendidih. Selepas didih, tutup api.
Keluarkan semua ayam dari periuk kemudian sejukkan dan toskan sampai kering.
Asingkan 1 cawan untuk membuat sos dan sukatan air untuk masak nasi.

Perap Ayam :
Bahan :
Lada hitam : 2 sudu besar
Bawang Putih : 2 ulas
Mentega : 1 sudu besar
Kicap Pekat : 2 sudu besar
Madu : 3 sudu besar
Gula : 1 sudu besar.

Cara:
Bawang putih dan lada hitam ditumbuk halus. Kemudian digaul rata bersama bahan perapan yang lain ke atas ayam yang telah kering dan sejuk tadi. Perapkan selama 1 jam.

Sambil nak tunggu ayam perap, kita leh masak nasi dan buat sup.

Bila ayam dah perap dan sebati dengan bahan perapan, kita boleh mula menggoreng.Gunakan api sederhana.

Nasi:
Beras : 4 cawan (saya guna beras biasa, cap rambutan merah)
Bunga lawang : 1 kuntum
Kayu manis : 1 batang
Buah pelaga : 3 biji
Halia : 1 inci
Kiub Maggi : 2 kiub
Bawang Putih : 2 ulas

Cara :
Beras dibasuh dan toskan.
Bawang putih dan halia ditumbuk. Kemudian tumiskan bawang putih dan halia itu bersama bunga lawang, kayu manis, buah pelaga selama 1 minit.(sampai naik bau)
Kemudian masukkan dalam rice cooker, masukkan pula beras. Tuangkan air rebusan ayam yang direbus tadi mengikut sukatan anda. Masak macam masak nasi biasa. Saya sukat guna garisan jari...dah biasa.senang..Lepas itu letak garam sikit.

Sementara tunggu nasi masak, boleh buat sup pula.

Sup:
Bahan :
Bawang Putih : 2 ulas
Bunga lawang : 3 kuntum
Kayu Manis : 2 batang
Buah Pelaga : 3 biji
Bawang Merah : 1 biji
Daun Sup : 1 ikat
Bawang Goreng

Cara :
Bawang Merah dan bawang Putih ditumbuk halus. Tumiskan bersama kayu manis, buah pelaga, bunga lawang selama 1 minit (sampai naik bau).
Kemudian masukkan dalam periuk air rebusan ayam. Letak garam dan serbuk perasa (ajinoto sedikit).Biarkan sampai mendidih.
Sudah mendidih, letak daun sup dan bawang goreng.

Sos:
Cili kering yang telah dikisar (jerang dengan air , kemudian blend kan) : 3 sudu besar
Tomato : suku biji
Air rebusan ayam : 1 cawan
Gula : 1 sudu
Bawang Putih : 2 ulas

Cara:
Kisarkan tomato, bawang putih, cili, dan gula.
Masakkan bersama air rebusan ayam sampai pekat.Kalau agak pekat atau pedas bolehla tambahkan sedikit air.
Letak sedikit garam.

Saya tambahkan kicap manis ABC dalam sos saya. Jadi ada rasa manis-manis pedas.

Akhirnya sediakan Timun, Salad dan tomato sebagai pelengkap Menu Nasi Ayam.

Kepada yang nak mecuba leh lah..memasak ni best pulak aku rasa. Nikmat.. :-)




No comments:

Post a Comment