Sunday, November 13, 2011

TEMAN TERBAIK

2 days to go....

This entry specially dedicate to someone who is my supporter and ultimate best friend.

Awak...tahniah sebab awak bakal menjejakkan kaki ke menara gading. Inilah masanya yang awak tunggu-tunggukan. Saya sangat berbangga dan gembira atas rezeki Allah ini pada awak.

Awak..bila dekat sana, awak jagalah diri awak baik-baik ye. Jangan malas-malas, semuanya terpulang pada awak untuk jadi kuat atau lemah. Diri awak adalah halangan terbesar untuk awak berjaya. Pilihlah kawan yang baik-baik dan sentiasa tetapkan hati. Jangan terlalu taksub pada kebebasan yang awak akan kecapi memandangkan awak jauh dari keluarga dan pandangan mak abah.

Awak..lepas ini hari-hari saya akan sunyi tanpa awak. Selama ini awak sangat setia menemani saya ke mana sahaja saya pergi. Malahan saya pergi isi minyak je pun, saya suruh awak temankan. Awak tak pernah menolak walaupun saya tahu kadang-kadang awak penat. Betapa saya amat memerlukan awak..Huh.

Awak..saya tahu saya selalu marah-marahkan awak, sakitkan hati awak, tapi semua tu bersebab. Mungkin awak tak nampak sekarang, tapi nanti bila awak masuk U, awak akan faham semuanya.

Awak..adakah tidur saya akan lena selepas ini? Awak temankan saya..selalu saya kacau awak sebelum tidur walaupun awak tak suka, saya kacau-kacau gak kan. Lepas ini, mesti saya pusing kiri je nampak dinding je. Sunyinya...

Awak..siapa nak gosokan baju kerja saya lagi yer..Alahai kena gosok sendiri lah kan. Malasnya saya rasa. Kena beli baju tak payah gosok banyak-banyak lepas ini.

Awak...belajar rajin-rajin yer. Awak kena yakin , percaya dan sayang diri sendiri.

Awak..hidup kat U tak sama macam zaman sekolah, jadi awak kena sentiasa sedia dan kena jadi matang sikit. Bergembiralah di alam universiti sebab di sinilah kehidupan awak bermula.

Awak...solat, ngaji jangan lupa. Sentiasa doakan kesejahteraan awak, mak abah dan keluarga kita yer. Kalau awak rasa sunyi..awak mengajilah. Kalau awak stress, ambik wuduk dan mengajilah. Kalau awak ada masalah, mengajilah..Mudah-mudahan awak kembali tenang dan dapat melalui semuanya dengan baik.

Awak..saat awak menjejakkan kaki di universiti, kehidupan tidak akan sama lagi. Awak akan semakin jauh dari keluarga..dari saya..huhuhu. Inilah namanya pengorbanan..tuntutlah ilmu dengan ikhlas dan perkayakan diri dengan ilmu dunia dan akhirat.

Awak...saya sayang awak..awak adalah kawan saya paling baik. Saya sangat bersyukur kerana dalam hidup saya, saya dipinjamkan Allah insan seperti awak. Awak...adikkku yang tersayang selamat belajar dan selamat memulakan fasa baru dalam kehidupan awak. Semoga awak diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah.

Allah sent us to be sisters
So we can be best of friends
To be there for one another
Even when there is pain
I thank Allah for sending my sisters to me
For whom I truly love and care
We shared so many things together
Like laughter and some scares
It’s funny how we sometimes argue
I guess its normal, in this world
But, having you as my sister
Means more to me, more than you'll ever know
I wouldn’t trade you for anything
I will never let go
As our friendship continues to grow
So will my love for you
Just always remember you can talk to me
I'll be the best friend you ever knew


2 comments:

  1. tahniah untuk adik nora sebab berjaya masuk U..

    oh ya suka lagu background ni..ape tajuk dia?

    ReplyDelete
  2. Hye noen...thanks for visit here..

    tajuk lagu tu..suara ku berharap, by luna..best kan..hehehe

    ReplyDelete