Saturday, November 19, 2011

Kita semua cantik

Salam..hai kawan...

Betulke kalau kurus itu sihat dan gemuk itu tidak sihat?Selalunya kalau tengok orang gemuk mesti kita akan cakap dia tak sihat. Ada kolestrol lah, ada kencing manis lah, darah tinggi lah, jantung lah..semuanya akibat berat badan berlebihan. Iye..memang lumrahnya begitu sebab kita terbiasa mendefinisikan orang gemuk itu tidak sihat. Waimanya apa pun yang kita fikir, bentuk tubuh itu bukanlah ukuran untuk mendiagnoskan seseorang itu sakit atau sihat.

Sering kali juga kita beranggapan orang gemuk itu kuat makan dan orang kurus itu makannya sedikit. Maka tidak hairanlah jika kita sering menafsir, eh jaga orang gemuk ni susah, menghabiskan beras . Haish..memandai je buat teori sendiri diaorang nie. Tak baik berkata begitu. Ada bukti ke orang gemuk makan banyak, orang kurus makan sedikit. Teringat saya pada seorang sahabat yang badannya sangat kurus..tapi selera makannya tak padan dengan tuannya. Asyik melantak saja.Kalau amik nasi tu penuh pinggan, kalo bungkus lagi la, nasi je penuh satu polistrin. Jadi janganlah memandai membuat konklusi sendiri tentang tubuh badan seseorang ya. Kenali mereka dahulu, baru komen.

Beginilah fikiran masyarakat kita..kurus itu dipandang cantik, yang gemuk dilihatnya hodoh. Kalau kurus mesti senang dapat kawan. Kalau gemuk sentiasa keseorangan. Kenapa begitu? Adakah hati budi juga dinilai dari bentuk tubuh seseorang? Saya tertanya mengapa ada manusia yang masih berfikiran sempit seperti ini?

Kurus atau gemuk bukanlah pilihan dalam memilih kawan. Bukan juga ukuran yang menentukan sihat atau sakit. Siapa kita untuk membuat pilihan dan pengadilan sedemikian rupa?Bagi mereka yang dianugerahkan bentuk tubuh yang cantik, sihat tubuh badan, janganlah dicerca atau dihina mereka yang tidak sesempurna anda. Barangkali mereka yang anda hina itu lebih mulia dan cantik di sisi Tuhan.

Janganlah disakiti hati mereka hanya kerana mereka tidak sesempurna anda, ingatlah mereka ada hati dan perasaan untuk di sentuh dengan perkara-perkara yang mengembirakan bukannya tingkah laku anda yang menjengkelkan. Letakkan diri anda di tempat mereka, mungkin belum tentu anda sekuat dan setabah mereka. Jadi peliharalah mulut anda dari mengeluarkan kata-kata nista kerana mereka juga berhak bernafas di bumi tuhan ini.

Seharusya kita berlapang dada, rela hati dan bersyukur dengan setiap pemberian dari Nya dalam hal ini, bentuk tubuh badan. Janganlah bersedih dengan bentuk tubuh anda yang kurang cantik dan janganlah ingat anda tidak bahagia kalau anda gemuk kerana sekiranya anda belajar untuk redha dengan pemberian Allah itu, maka kebahagiaan jelas milik anda.

...sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur..(Al-A'raf:144)

dan janganlah kamu hiraukan gangguan-gangguan mereka dan bertawakallah kepada Allah..(Al-Ahzab:48)

Seorang penyair berkata:

Tidak akan meluap ombak laut
sampai membahayakan
hanya kerana lemparan kerikil seorang budak kecil

Jadi bagi mereka yang berbadan gempal dan " comel "...jangan bersedih.
Anda sangat istimewa.





2 comments:

  1. cabtik itu subjektif..terpulang pada cita rasa masing2..tp mmg tak patut kita pandang rendah pd org lain

    ReplyDelete